Tuesday, 8 December 2020
Masa Bersama Anak Itu Sangat Mahal
Lesen Mengajar Membaca Bacalah Anakku & ReadEasy
Ramai je yang buat duit dengan ajar Bacalah Anakku dan ReadEasy tanpa lesen.
Alah, ambil lesen bukan boleh ajar paling bagus pun. Betul. Tiada siapa pun boleh mengaku mereka paling bagus.
Yang kita nak berkat. Berkat tu bila dapat restu dari guru pengasas modul yang kita guna tu. Bukan main ciduk muat je asal dapat buat duit.
Nak ambil lesen bayar beribu. Bukan kosong buat jalan terus ambil yuran pelajar. Dah pernah pergi kursus bukan tiket untuk buat kelas. Nak ajar anak sendiri bolehlah.
Guru tak ambil lesen ni, bayar lagi murah, guru mengajar tiada latihan dan pemantauan. Asal boleh. Tak fikir halal ke. Berkat ke ilmu tu. Takut bila melibatkan hak orang.
Saya dulu nak mengajar membaca di rumah pun ambil lesen tau. Siap pinjam duit orang nak cukupkan modal. Janji dapat buat dengan jalan yang betul.
Ni belum lagi orang pertikai, aii mengajar di rumah pun yuran begini begitu ke. Kalau mengajar rumah sendiri, saya rasa elok tak yah letak yuran biar jadi sedekah jariah. Tapi, bukan rumah saya. Rumah ni saya bayar sewa.
Alhamdulillah bulan Disember 2020 saya sah sebagai lisensi untuk kawasan Paya Rumput Perdana. Nak bantu lebih ramai anak mahir baca dan tulis insyaalllah.
Wednesday, 18 November 2020
Kunyah pelan - pelan Cepat Kenyang
Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Sarapan pagi tadi. Makan pelan pelan sambil nikmati rasa makanan. Cepat kenyangnya. Sambil conteng conteng untuk perancangan Sitikids.
Kelas Percubaan Membaca, Virtual Class untuk Program Cuti Sekolah Disember ini. Pendaftaran percuma sahaja. Mahu ke mahu?Nanti Team Sitikids update di media sosial facebook atau whatsapp ya.
Alhamdulillah, pagi ni syukur dengan jiwa yang tenang, dapat melaksanakan ibadah dengan kesayangan solat berjemaah bersama dan urua anak - anak dengan tenang.
Tenang itu mahal dan suhjektif dan nak tenang perlukan usaha. Selamat berjuang semua ibu ibu yang berkerja di mana mana sahaja kalian yang pastinya, letak Allah dalam hati, insyaalllah. Semua akan dipermudah. :)
Sunday, 16 August 2020
Besar Manfaat Berinteraksi Dengan Alam Yang Sentiasa Berzikir Pada Allah.
Cikti ni pengeli tau sebenarnya nak pegang tanah, entahlah. Bila pegang tanah tu tetiba rasa ada energi tau.
Rasa tenang juga bila kita tanam pokok yang berzikir pada Allah setiap masa.Bila nampak pokok disemai ni mula subur, semangat nak tanam lagi banyak. Cuma bunga je tak keluar lagi. Nanti letak baja lepas ni.
Dah siap sikit pindah pasu pokok kunyit dan bunga pukul sepuloh ni. Tak tau, entah apa ya nama saintifiknya. Hehehe Last tu tak cukup tanah kita cucuk je. Hehe. Moga suburlah.
Friday, 8 May 2020
Belajar Menghargai
Gambar: Koleksi Peribadi
Pagi ni niat nak makan sahur roti gandum dengan peanut butter ni je, minum kopi o secawan.
Sempat masak nasi goreng, tak hidang lagi, solat kejap. Nak sahur tengok ada terhidang nasi goreng tadi dengan taburan bilis goreng. Adui, serba salah tak makan dah terhidang.
Makanlah nasi penutup dengan roti ni, kunyah sikit kacang sweet honey, ditemani dengan si kecil ni. Layankan je.
Kadang banyak perkara di luar jangkaan kita. Kita buat je yang terbaik, Dia pasti beri yang terbaik juga.
Tiada yang lebih mampu merubah sesuatu melainkan Dia sahaja. Assalamualaikum Ramadhan enam belas.
Tuesday, 28 April 2020
Kita Mampu Sebab Itu Kita Diuji.
Gambar: Cikti
Saturday, 25 April 2020
Jaga Makan Jaga Iman, Insyaalllah Aman.
Alhamdulillah Mohamad boleh berdikari malah seronok ke sekolah. Cumanya mama risau dari segi penjagaan makan. Mujur tadika sediakan makanan. Mohamad suka makan jika pedas je dia tak habis makan.
Ok, makanan berat mama tak risau sangat. Yang merisaukan jika makan 'jajan'. Gula - gula manis dan keropok yang kadang ada je dibawa balik dalam beg.
Mana dapat tu abang? Mama tanya. Kawan bagi. Jawabnya. Kadang cikgu bagi.
Ok. Mama senyap je dulu. Lepas tu mama cakap, gula - gula manis tak elok makan tau abang. Lepas ni simpan ya kalau dapat.
Hmm. Ok mama. Itu je jawapan dia. Tapi dia makan juga. Kadang mama sorokkan. Hehe. Takdelah mama nak rampas ke apa. Cuma bab makan ni kena ajar dan fahamkan dia memang ambil masa. 😄
Budak memang suka gula - gula. Kita yang kena pantau selalu lagilah di sekolah ada kawan makan, dia pun nak juga.
Sebab makanan ni jadi darah daging dan mempengaruhi kelakuan anak. Kalau terlebih anak akan jadi "hiperactive" dan kuat meragam. Kita pula yang stress. Huhu
Bab makan kena selalu jaga, ia pun akan pengaruhi tahap kesihatan anak. Terlebih akan cepat batuk, selsema dan lemah antibodi. Anak demam kita yang risau nanti.
Banyak lagi Cikti nak kongsi sebenarnya.
Nanti kita kongsi lagi cerita ya. Panjang Cikti nak cerita, lama tak menuliskan. Oklah. Jaga makan, jaga iman. Insyaalllah aman.
Salam Ramadhan Kareem
Gambar: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan salam kasih sayang semua pembaca blog Cikti. Izinkan saya bahasakan diri sebagai Cikti. Jika formal bolehlah panggil Cikgu Siti.
Salam perkenalan semua. Moga dalam rahmatnya. Selamat menyambut Ramadhan yang dirindui. Maafkan saya lama tidak menulis kerana kengkangan masa dan jiwa.
Menulis memerlukan jiwa. Hanya jiwa yang penuh kasih sayang dan bersih jiwanya mampu menulis sehingga sampai ke sekalian jiwa - jiwa manusia.
Apa khabar jiwa kalian?Sihatkah iman, sihatkah kasih sayang? Atau jiwa penuh keladak dan kerak kebencian.
Dunia akan terus berputar. Masa akan terus bergerak. Jiwa kita mesti juga berubah seiring peredaran masa dan zaman.
Selamat menyambut Ramadhan 2020. Alhamdulillah bertemu lagi Ramadhan. Terima Kasih Allah. Moga kita terus berubah lebih baik dari sebelumnya.
Saturday, 4 January 2020
Kembali Menulis
Kembali menulis setelah diam buat seketika. Menulis perlukan jiwa, perlukan emosi yang tenang.
Insyaalllah, saya akan kembali menulis dengan konsisten. Kuatkan hati dan buat.
Menulis dan memberi manfaat. Moga dipermudah. Selamat berhujung minggu semua. Alhamdulillah dapat ziarah keluarg di kampung.
Thursday, 2 January 2020
Selamat Tahun Baru 2020
Gambar: Koleksi peribadi
Selamat Tahun Baru! Alhamdulillah. Pembukaan tahun baru 2020 dengan buku baru, cerita baru dan habit baru.
Tahun ni azam nak jadi orang awal. Buat persiapan awal dan jadi yang paling awal.
Alhamdulillah! 1 januari 2020 saya dapat berjumpa dengan kawan usrah masa belajar dulu. Allahuakhbar!
Tak rancang awal pun. Tapi Allah izinkan. Macam mimpi rasa. Pembukaan tahun baru yang memberi makna.
Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...

-
Teks: Naimah Norman Sumber Gambar: Koleksi Peribadi Kenangan semasa mengajar di tadika. Menjadi guru di tadika Jaim IPD, Alor Gaj...
-
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah Melaka. Adam baru masuk belajar mengaji. Adam berusia 4 tahun lebih. S...