Saturday 1 April 2017

Layan Anak, Jangan Tak Layan

Teks: Siti Naimah Norman

Hari khamis lepas, Alhamdulillah hujan di pagi hari. Mata mula kuyu, Mohamad baring atas tilam.

"Dah, tido". Kata mama pada Mohamad.

"bismika, Allah, humma, ahya ,wa aa..tu
(bunyi akhir tu dibaca kuat)

Lagi, lagi. Minta Mohamad. Ulang lagi baca doa. Mama layan, baca sama-sama walau ada ayat yang tertinggal.

Lagi, lagi, last. Mohamad minta lagi.

Ok. Last. Baca doa yang sama. Ok, Mohamad tak minta baca dah. Dia guling-guling tak tidur pun lagi. 😂

Hai anak, layan jangan tak layan. Kadang perkara sama, berulang kali diminta. Kuatkanlah kesabaran kita, layan anak sebaiknya.

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...