Thursday 18 September 2014

Menulis Sebagai Terapi


Teks: Siti naimah norman
Sumber Gambar: www.google.com


Menulis itu mudah tetapi untuk sampai ke hati itu susah. Bukan semua yang kita tulis mampu diselami oleh hati pembaca. Jadikan aktiviti menulis sebagai terapi. Terapi inilah yang akan merawat hati dari sedih menjadi gembira, dari suram menjadi ceria dan dari lemah menjadi kuat. Bagaimana yang dikatakan menulis boleh menjadi terapi? Apabila kita menulis, kita telah meransang otak kita untuk berfikir dan secara tidak langsung lebih banyak neutron yang dihasilkan oleh otak kita. Apabila banyak neutron terhasil, maka otak kita akan lebih aktif dan ia mendorong kita menjadi lebih kreatif.


Berfikir dan mencari idea yang sesuai dengan penulisan kita sangat menyeronokkan. Ketika menulis juga kita turut meransang perasaan kita. Apabila sedih kita luahkan dalam bentuk tulisan, maka perasaan kita akan lega dari kesedihan itu. Apabila kita rasa motivasi diri kita lemah, tuliskan kata-kata semangat, maka semangat itu akan datang dalam diri. Penulisan mampu mempengaruhi perasaan kita. Tidak percaya? Cuba anda tuliskan apa yang anda rasa tentang diri anda, kelebihan anda, kekuatan diri anda dan keistimewaan anda.

Apabila anda telah tuliskan semua tentang diri anda itu, kemudian anda baca dan otak anda akan merakam tulisan itu. Lama kelamaan perasaan keyakinan akan datang. Contohnya; anda tulis 'Saya seorang yang berfikiran positif dan bersemangat tinggi'. kemudian anda lihat tulisan anda itu setiap hari. Jangan pelik jika hari demi hari anda sedang menuju menjadi seorang yang berfikiran positif dan bersemangat tinggi.  Ada sesetengah orang tidak mampu mengakui apa keistimewaan diri kerana tiada keyakinan diri. Puncanya apa? Salah satunya tiada penulisan terakam dalam otak anda. Jadi bagaimana untuk mendapatkan keyakinan itu? Anda perlu tulis keistimewaan itu.

Otak kita mengandungi lebih dari 100 billion sel. Ianya lebih hebat daripada komputer yang paling hebat yang pernah diciptakan. Hargai otak kita dan gunakan dengan sempurna. Saintis mengatakan, kebanyakan manusia hanya menggunakan 2% sahaja daripada kehebatan minda kita. Dan masih banyak lagi ruang yang belum lagi diterokai. Ramai antara kita yang mengalami masalah low self esteem, di mana mengatakan kita ni tak sehebat orang lain, orang lain lagi hebat dari kita dan kita tak mampu melakukan sesuatu yang hebat. 

 Selagi kita memiliki masalah self esteem ini, dan sabotaj diri kita sendiri dengan kata-kata negatif ini, selagi itu, kita tidak dapat mencungkil keupayaan sebenar minda kita. Jadi, langkah pertama adalah, ubah suara-suara yang terdapat DALAM DIRI KITA SENDIRI. Bukan suara orang lain pun. Sering kali, ianya adalah suara kita sendiri yang meng-sabotaj dan mengatakan kita tidak boleh. Hargai minda kita. Apa yang kita fikirkan dalam minda kita adalah apa yang kita akan hasilkan luaran kita. -Irfan Khairi

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...