Wednesday 10 September 2014

Obses Dengan Seni

Teks: Siti Naimah Norman

Tidak dapat dinafikan seni dalam kehidupan tidak boleh berpisah. Saya seorang yang sangat obses dengan seni. Melukis merupakan salah satu minat saya terutama melukis wajah manusia. Lukisan saya tidak la secantik mana jika nak dibandingkan dengan pelukis- pelukis hebat diluar sana, tetapi bila dapat menghasilkan sesuatu lukisan itu, ia adalah satu kepuasan.

Teringat saya ketika sekolah rendah sewaktu darjah tiga, saya masuk pertandingan melukis, tema waktu itu berkisarkan 'kempen anti dadah'. Antara gambar yang saya lukis ialah tengkorak, jarum dan saya warnakan ia menggunakan warna air. Saya menang tempat ketiga waktu itu. Punyalah seronok. Waktu kanak-kanak bila dapat hadiah main seronok lagi. Bermula dari itu, saya mula sedar yang saya miliki bakat melukis. Pernah saya dimarahi ummi kerana warnakan lukisan menggunakan warna air. Yela waktu itu kanak- kanak, buat kerja comot-comot. Habis lantai dengan warna sana sini. Memang la ummi marah. Waktu itu Ummi garang sangat. Dek kerana takut dimarahi saya pendamkan sahaja hasrat hendak melukis.

Tahun demi tahun, bila masuk sekolah menengah, bakat melukis itu kian malap dek tiada semangat dan dorongan. Tapi hati saya tetap nak cuba melukis, bila  datang kembali dorongan melukis itu, saya lakarkan lukisan saya pada kertas A4 kosong. Saya lebih suka melukis menggunakan pensil Tanpa warna. Lukisan hitam putih atau dipanggil nostalgia. Kadang-kadang bila mengantuk ketika mengulangkaji pelajaran, saya mula melukis. Memang hilang ngantuk. Kebanyakkan lukisan yang saya lukis potret  wajah manusia.

Bila berpidah sekolah menengah, dengan jadual asrama, dengan keadaan diri yang baru hendak sesuaikan diri dengan tempat baru, hobi melukis saya mula kurang di tumpukan. Sewaktu tingkatan empat lagi saya sudah mula membuat persiapan untuk peperiksaan SPM. Sebab saya sedar saya tidak pandai mana, jadi saya perlu rajin. Terasa tercabar dengan rakan- rakan baru. Minat melukis mula saya lupakan. Sewaktu di sekolah asrama, penuh dengan pengisian agama. Pernah suatu ketika ada bab mengisarkan tentang haram melakar lukisan. ' Antara mereka yang dilakna adalah pelukis'. Tersentap saya dengan pengisian itu, terus saya buang semua lukisan saya. Punyalah saya sangat taksub ketika itu. Maka terpadamlah seketika minat saya itu.

Inilah antara lukisan yang tinggal sebagai kenangan. Kebanyakkan lukisan lain telah saya buang. Potret ummi dan abah saya.


No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...