![]() |
Green Coffee, Ekstrak Bunga Habbatussauda dan Aroma Bunga Sejagat |
Teks: Siti Naimah Norman
Foto: Koleksi Peribadi
Foto: Koleksi Peribadi
Hari raya tahun lepas adalah hari raya pertama saya bergelar
seorang isteri. Sebulan sebelum saya berkahwin saya telah berhenti kerja dengan
niat untuk mengikut suami berhijrah ke negeri Melaka. Alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan
dari urusan perkahwinan dan mencari rumah sewa. Menetaplah saya bersama suami
di Melaka.
Sambutan hari raya kebiasaannya memang tidak meriah jika
tidak berkumpul dengan sanak saudara. Balik kampung masa raya tiada masalah
sangat bagi kami suami isteri kerana kedua-duanya duduk di negeri yang sama
iaitu Selangor. Pagi balik rumah mak mentua dan petang pula boleh balik umah
mak sendiri. Teringat saya, ketika hari
raya sewaktu itu saya dan suami bersalam-salaman dengan sanak saudara, ada
seorang sepupu saya bertanya;
“Eh, kau duduk melaka ye sekarang? Kerja apa di sana?” saya
pun menjawab; “ Ha’ah duduk Melaka, dekat alor gajah. Sekarang ni tak kerja
lagi, tengah nak cari kerja”. “ooo, jadi suri rumah la ni ye” dia cakap lagi.
Gaya seolah-olah memandang rendah. Saya hanya menjawab dengan senyuman yang
kelat. Sebenarnya waktu itu saya sudah mula menjual ‘green coffee’, habbatussauda
dan aroma bunga sejagat secara atas talian, namun di sebabkan jualan yang agak
‘kaku’ ketika itu saya segan mengaku yang saya menjual produk-produk tersebut.
Kemudian dia cakap; “Sayanglah kau ada ‘degree’, penat je belajar tinggi-tinggi
tapi tak kerja”. Saya pun kata “ insyaallah, ade rezeki saya kerjalah.”
Itulah pengalaman saya sewaktu mula-mula menjual
produk-produk itu. Rasa malu hendak mengaku berniaga dan mempromosi produk. Apa
yang bermain di minda saya ketika itu “produk ni orang tak berapa kenal, nanti
aku jual ada ke orang nak beli”. Ayat apa aku hendak cakap dengan orang, susah
nak yakinkan orang dan semuanya
kata-kata negatif yang tidak membantu langsung.
Sedangkan saya bercakap dengan orang yang saya kenal, iaitu sepupu saya
dan sepatutnya saya boleh mempengaruhi
dia untuk membeli produk saya. Sudah terlepas peluang saya mendapatkan
pelanggan. Berlalu begitu sahaja.
Situasi seterusnya berbeza ketika di Melaka. Saya dan suami
pergi ke bank untuk membuat buku bank yang hilang. Sementara menunggu giliran,
saya cari kerusi untuk duduk. Ramai orang ketika itu, tapi saya dapatlah tempat
duduk di kusyen yang empuk lagi tu. Di sebelah saya adalah seorang wanita
bersama mak cik yang agak lanjut usianya. Mungkin ibunya, teka saya. Saya pun
mengisi borang untuk membuat buku bank yang baru. Saya terlihat borang yang
sama dipegang oleh wanita itu. ‘ Barangkali kes sama dengan aku la ni, buku
bank hilang’. Saya kata dalam hati. Kemudian kami berpandangan dan berbalas
senyuman. Saya pun memberanikan diri
menegur wanita itu; nak buat buku baru ye? “Ha’ah, nak buat buku mak ni” jawab wanita
itu. “Samalah kita ye”. Balas saya pula. Kami pun berkenalan, dan wanita itu
bertanya pekerjaan saya. Saya menjawab ‘Sekarang ni tengah nak cari kerja,tapi
saya berniagalah sikit-sikit ‘green coffee’. Saya pun menerangkan semua
khasiat-khasiat produk itu yang salah satu ramuannya adalah alfalfa. “ha’ah ye,
alfalfa bagus untuk kesihatan”kata wanita itu menyokong. “ Saya berniaga atas
talian ‘facebook’. Tambah saya lagi. “ owh, yeke, akak tak aktiflah ‘facebook
ni’, ‘whatsapp’ ada? tanya wanita itu. “Ada kak”, jawab saya dan memberikan
nombor telefon saya. Kami bertukar-tukar
nombor telefon. Saya pun menghantar gambar produk itu pada wanita tersebut.
Selesai urusan di bank, kami bersalaman dan berbalas
senyuman. Sampai di rumah selepas pulang dari bank, saya mendapat pesanan di
‘whatsapp’; “Salam dik, kak nak cubalah produk tu”. “Wa’alaikumussalam kak,
boleh kak” jawab saya. “ nanti akak singgah rumah adek ye” balas wanita itu
lagi. “ ok kak” jawab saya ringkas. Alhamdulillah, wanita itu telah menjadi
pelanggan produk saya.
Lihat! Bagaimana komunikasi yang berseni mampu mendorong
orang lain menjadi pelanggan produk kita. Yang paling penting jangan malu untuk
promosi produk walaupun kita hanya menjual gula-gula seposen. Siapa tahu
gula-gula seposen yang hanya dipandang sebelah mata dan tidak mendapat perhatian
ramai bakal menjadi produk yang laris di pasaran? Bak kata pepatah melayu;
Hendak seribu daya, tidak mahu seribu alasan”. Seni dalam berkomunikasi mampu
menarik pelanggan, walaupun anda hanya menjual gula-gula seposen
No comments:
Post a Comment