Friday 20 July 2018

Belajar Menulis Blog Secara Konsisten

Teks: Siti Naimah Norman.
Gambar: Koleksi Peribadi



Menulis perlukan skema, perlukan panduan yang betul. Kopi secawan juga  jangan lupa ok.😁

Lama dah saya menulis, cuma kadang tenggelam, kadang timbul. Tidak konsisten.

Sukar dan mencabar sebenarnya menulis ini. Nampak mudah. Tapi tidak.

Saya mula menulis semasa belajar di universiti. Masa itu nama blog imanmujahidah.blogspot.com.

Nama blog pertama saya itu berkaitan dengan penghijrahan saya. Saya nak tulis sebagai dakwah.

Ya memang menulis, tapi ikut suka. Banyak singkatan perkataan. Tidak konsisten.

Akhirnya blog terbiar dan bersawang. Kemudian, blog kedua saya bina lepas saya berkahwin.

Blog untuk bisnes online saya. Itu pun separuh jalan. Nampakkan bukan mudah bila buat sesuatu sendirian.

Blog ke tiga dan kini masih terus menulis adalah blog ini. Ini selepas saya masuk kelas blog.

Belajar menulis secara konsisten. Tulis guna format yang betul.

Ya, Alhamdulillah. Moga saya terus istiqamah untuk berkongsi dan memberi manfaat.


2 comments:

  1. Saya sekarang banyak menulis di blog guna smartfon ja. Ada kelemahannya tapi ia lebih mudah berbanding nak buka pc atau laptop

    ReplyDelete
  2. Ya saya pun. Guna apa yang ada di tangan. Mudah nak capai. Buka laptop lagi puas sebenarnya kan.😁

    ReplyDelete

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...