Monday 1 June 2015

Pentingnya Mendidik Anak Solat Sebelum Mendidik Mereka Berpuasa

Teks: Naimah Norman
Sumber Gambar: Google dan ABDR

Mendidik anak untuk mendirikan solat adalah kewajipan bagi setiap ibu bapa. Peranan ibu bapa adalah penting dalam memastikan anak mendirikan solat seawal usia 7 tahun. Jika mereka enggan mendirikan solat apabila mereka berusia 10 tahun, maka mereka wwajar dirotan. Merotan untuk tujuan mendidik adalah tidak salah di sisi agama.

Ramadhan bakal menjelma lebih kurang 2 minggu lagi. Ramai ibu bapa berusaha melatih anak-anak untuk berpuasa tetapi lupa untuk mendidik anak untuk solat. Harus diingati bahawa anak yang dilatih dengan solat dahulu akan cenderung untuk berpuasa. Apabila mereka telah dilatih dan punyai tauhid yang kuat terhadap Allah, mereka akan mudah dididik untuk melaksanakan ibadah puasa. 

Ibu bapa harus mengajar anak solat dahulu. Kenalkan anak dengan Allah, Rasul, dan kisah para soleh solihin. Kanak-kanak sangat gemar mendengar cerita. Ibu bapa harus kreatif dalam menyampaikan cerita agar memori anak itu terdorong untuk mengikuti apa yang disampaikan dalam kisah cerita tersebut.


Untuk mendidik anak berpuasa, kadangkala ibu bapa terlalu berkeras. Anak mesti berpuasa, walaupun mereka kelihatan sudah lemah. Kasihan anak kita. Jangan paksa jika mereka tidak mampu. Berikan galakkan dan pujian. Alihkan perhatian mereka daripada memikirkan lapar dan makanan dengan menyediakan aktiviti bermanfaat seperti melakar gambar dan membuat jadual puasa. Rekodkan jadual dan aktiviti sepanjang bulan ramadhan. 

Kebiasaannya anak-anak sukakan cabaran. Apabila melihat antara adik beradik bersaing memenuhkan jadual puasa, mereka akan ada semangat untuk bersaing berpuasa. Sediakan kid Ramadhan yang kreatif untuk mereka. Pelbagai persoalan yang sering membelenggu ibu bapa dalam mendidik anak untuk berpuasa. Antara persoalannya adalah seperti:

# Kaedah paling mudah untuk menggalakkan anak berpuasa di bulan ramadhan nanti tanpa perlu memaksa mereka.
# Keinginan anak untuk berpuasa dengan sendiri di bulan ramadhan nanti tanpa merasakan amalan puasa merupakan beban
# Anda ingin memberikan hadiah untuk anak yang berpuasa tetapi tidak tahu apa hadiah yang sesuai
Bagaimana nak selesaikan masalah ini?
Anda berada di tempat yang betul bagi semua persoalan di atas.


Kit Seronoknya Ramadhan ini mengandungi 10 items.
~ Buku Jurnal Ramadhan Saya
~ Buku Aktiviti Ramadhan
~ Carta Motivasi Ibadah Saya
~ Pelekat Motivasi
~ Bunting Pesta Ramadhan dan Syawal
~ Tabung Sedekah
~ Angpau Sedekah
~ Ramadhan Door Knob
~ Ramadhan
~ Fail Kit

Apakah Objektif Penerbitan Kit Seronoknya Ramadhan?
Objektif yang ingin dicapai dengan penghasilan kit seronoknya ramadhan ini adalah:
1.Bagi menyampaikan mesej Ramadhan kepada anak-anak, ibu bapa dan guru dari peringkat awal.
2. Menerapkan latihan amali solat, puasa, akhlak mulia dan pengetahuan berkaitan Ramadhan secara santai, menarik dan menyeronokkan.
3. Ibu bapa menjadi ketua yang mencipta kesedaran menghayati Ramadhan kepada anak-anak dan ahli keluarga di rumah.
4. Anak-anak dapat merasai kemanisan bulan Ramadhan melalui bahan KSR.
5. Guru dapat menyemarakkan suasana dan penghayatan Ramadhan yang menyeronokkan di tadika dan sekolah.

Untuk Siapakah Kit Seronoknya Ramadhan?

Anak-anak syurga yang sudah sedia untuk belajar berpuasa, dalam lingkungan umur 5, hingga tahun.

Berminat untuk dapatkan Kit Ramadhan untuk anak-anak anda?
Hubungi saya di facebook Siti Naimah Norman

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...