Wednesday 17 June 2015

Ramadhan Bulan Untuk Persediaan 11 Bulan Akan Datang

Teks: Naimah Norman
Gambar: Google



Alhamdulillah. Bulan penuh keistimewaan, RAMADHAN datang jua. Selamat datang RAMADHAN yang dirindui. Bersyukur kerana masih dipanjangkan usia dapat menikmati lagi bulan RAMADHAN. 

Apa yang penting adalah persediaan kita menempuh ramadhan ini. Sebulan Allah bagi masa untuk kita latih menjadi lebih baik. Melatih nafsu dan sifat mahmudah. Membuang segala sifat mazmumah yang tercela. Ia adalah persediaan untuk kita menempuh kehidupan 11 bulan akan datang. 

Sayangnya Allah pada kita, kerana kita hanya diwajibkan melalui fasa berpuasa ini selama sebulan. Lihatlah bagaimana Allah mendidik manusia memalui ibadah puasa ini. Berlapar dan menahan dahaga serta melawan hawa nafsu, amarah mejadikan kita lebih dekat dengan ALLAH. Jangan hanya di bulan ramadhan sahaja segala kebaikan kita serap, tetapi selepas ramadhan kita kembali melakukan kemungkaran. Moga kita terus konsisiten melakukan perubahan.

Puasa yang berkesan adalah puasa yang mana ia mampu mendidik diri menjadi lebih tenang, sabar dan rasional dalam tindakan. Apabila lapar, nafsu akan berkurangan dan akan melatih diri untuk bersederhana dan berhati-hati dalam segala tindakan. Insyaallah, dengan azam dan usaha, kita mampu melaksanakan ibadah wajib ini dengan sebaiknya. Selamat berpuasa semua.

Salam ramadhan,
NAIMAH NORMAN
Mama Yang Bekerja Di Rumah 





No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...