Sumber Gambar: Google |
Saban tahun, dia telah meminta maaf setiap kali hari raya menjelma. Tetapi sehingga umur 50 tahun dia tetap rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupannya. Lantas dia pulang menemui ibunya dan meminta maaf pada ibunya atas kesalahan kerana mengeluarkan kata-kata 'Mak takde otak ke" dan kerana membaling seluar jin ke muka ibunya.
Dalam kehairanan ibunya berkata "mengapa kamu meminta maaf nak, setiap kali hari raya kamu sudah meminta maaf dan mak sudah maafkan" Dia merasa hairan sikap anaknya yang bersungguh-sungguh meminta maaf.
Lelaki itu menjawab; "Ya mak memang saya minta maaf tetapi saya tetap rasa tidak tenang. Saya teringat kesalahan saya pada mak ketika saya umur 17 tahun, saya mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling seluar ke muka mak. Saya betul-betul minta maaf mak. Mak maafkan saya". Rayu lelaki itu dengan tangisan.
Melihat keadaan itu, ibunya berkata;" mak ingat apa yang pernah kamu lakukan pada mak. Semuanya mak ingat. Ketika kamu mengeluarkan kata-kata itu dan ketika kamu membaling seluar ke muka mak, hati mak terluka. Mak ingat semuanya. Mak maafkan kamu nak". Dalam linangan air mata dua beranak itu berpelukkan.
Lalu pulanglah lelaki itu semula ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka anaknya yang selama ini tidak pernah menghormatinya terus mencapai tangannya bersalaman dan memohon ampun.
'Ayah maafkan saya kerana saya banyak buat salah dengan ayah. Maafkan saya kerana selama ini saya tidak menghormati ayah. Kita tidak pernah meluangkan masa bersama. Mari kita makan bersama ayah,. Masyaallah, dengan sekelip mata sahaja anaknya itu telah berubah sejurus lelaki memohon ampun pada ibunya.
Indahnya harga sebuah kemaafan. Kadangkala rasa tidak tenang itu mungkin kita ada melukai hati ibu bapa kita. Maka mohon ampunlah pada mereka. Kerana kejayaan mereka hari ini bukan kerana semata-mata usaha kita, tetapi juga kerana berkat doa ibu bapa kita.
Sumber: Tanyalah Ustazah (Ustazah Nor Baiyyah)
No comments:
Post a Comment