Teks: Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi
Mohamad sudah berusia 6 bulan seminggu. Ketika awal-awal mama memperkenalkan Mohamad dengan makanan pejal, najis Mohamad tiada masalah. Cair dan berwarna kuning. Warna najis sangat mempengaruhi kesihatan bayi. Setiap kali Mohamad berak, mama akan lihat warna najis dan keadaan najis tersebut.
Mama bagi mohamad makan pure kentang dan lobak merah. Letak sedikit bilis kisar sebagai perisa. Ada rasa masin-masin lemak. Yang penting Mohamad suka makan. Seronok tengok anak makan. Mohamad jarang cerewet. Dia makan apa sahaja yang mama suap. Kadang-kadang sahaja dia akan tolak dan buat muka pelik terutama kalau makanan yang dimakannya itu tawar. Mama kenalah letak perasa original. Letak kurma, kismis atau ikan bilis. Berselera Mohamad makan. Asik bagi puri je dekat Mohamad, mama nak cuba bagi nasi bubur. Hari tu mama masak nasi bubur tambah lobak merah, kentang dan kismis. Bilis kisar sebagai perisa. Mohamad makan licin.
Tetapi keesokkan harinya mohamad berak dan mama lihat najisnya agak berketul. Kebiasaannya lembut dan cair sahaja. Dua kali dia berak, najisnya tetap begitu. Hati mama dah risau. ' Mesti anak aku ni sembelit' kata mama dalam hati. Bagi air masak banyak juga setiap kali selepas makan. Rasa bersalah pula bagi Mohamad makan nasi. Mungkin usus dia belum bersedia untuk menerima makanan berkanji itu.
Kebiasaannya Mohamad akan berak pagi dan petang. Dua kali sehari bergantung pada kuantiti makanan yang Mohamad makan. Sampai petang, mama lihat Mohamad seronok bermain, gelak-gelak bila diagah. Rasanya Mohamad tidak sakit perut. Elok sahaja main. Tapi hati mama resah dan risau kalau najis Mohamad jadi berketul lagi. Mama bagi Mohamad minum air yang dititiskan aroma bunga sejagat. Hanya satu titis sahaja dan suapkan kepada Mohamad. Dalam 4 sudu juga dia minum.
Elok dia sambung main, tepuk-tepuk. mengesot ke sana ke mari. Mohamad merengek nak susu. Mama bagi susu, Selepas bagi susu Mohamad menerap main tepuk-tepuk lagi dan tiba-tiba 'uwwwek' dia muntahkan susu yang dia minum tadi. Banyak juga muntahnya. Mama lap mulut Mohamad dan dirikan dia, dia terlombat-lompat seronok macam tiada apa-apa berlaku. 'Hmm, mama punyalah risau, dia seronok pula, ishh'. Mama biarkan sekejap dia bermain sambil mama update blog dan facebook.
Tidak lama itu, Mohamad merengek. Kebiasaannya dia berak kalau merengek semacam dengan geliat-geliatkan badan. Mungkin tidak selesa rasa kotor. Mama dokong Mohamad dan hidu aroma semacam. Sah! memang Mohamad berak. Buka pempers. Ha! Inilah hasilnya;
Alhamdulillah. Lepas tu berak Mohamad tak berketul lagi. Tunggu sedikit bulan lagi baru nak perkenalkan Mohamad dengan nasi bubur. Hanya setitik aroma bunga sejagat. Berkesan. Insyaallah. Nak dapatkan aroma bunga sejagat boleh hubungi saya; SMS /whatsapp 0189069144.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...
-
Teks: Naimah Norman Sumber Gambar: Koleksi Peribadi Kenangan semasa mengajar di tadika. Menjadi guru di tadika Jaim IPD, Alor Gaj...
-
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah Melaka. Adam baru masuk belajar mengaji. Adam berusia 4 tahun lebih. S...
No comments:
Post a Comment