Tuesday, 11 November 2014

Abah Inspirasi Perniagaan

Teks: Siti Naimah Norman

Sudah lama tidak menulis. Hampir seminggu sejak 6 november yang lalu. Hari ini sudah menghampiri pertengahan november. Penutup tahun 2014 semakin kemuncak. Kalau diikutkan tahun hijrah 1436 Hijrah, kita dah berada di tahun baru. Tetapi kebiasaan kita lebih mudah mengingati tahun kalendar kuda berbanding tahun hijrah. Betul tak?

Tahun baru semangat baru. Sebenarnya tidak perlu tunggu tahun baru untuk perbaharui azam,semangat dan perancangan. Setiap hari, semangat harus sentiasa ada dan tulis perancangan agar langkah setiasa teratur. Hari sabtu lepas, saya balik kampung setelah sebulan lebih tidak mengunjungi kampung halaman. Memang kebiasaan saya dan suami akan pulang ke kampung sebulan sekali. Hidup merantau memang terpaksa berkorban rasa rindu pada ummi dan abah di kampung. Abah sumber inspirasi saya. Melihat abah berniaga walaupun hanya berbekalkan van buruk yang tidak "beraicond' dan agak lusuh tempat duduknya, memberikan saya semangat untuk teruskan perjuangan perniagaan. Abah tiada pendidikan tinggi, tidak tahu pun asas perniagaan atau kiraan akaun untuk perniagaan, tetapi gigih berniaga. Abah berniaga tidak kisah jika untung sedikit. Kadangkala saya melihat abah berniaga ala kadar. Asalkan jalan perniagaan walaupun tiada perubahan sejak awal berniaga sehingga sekarang. Jika ada perubahan pun, abah berniaga menggunakan van berbanding dahulu menggunakan kereta. Abah tetap berniaga dan gembira melakukan pekerjaan itu. 

Abah kebiasaannya akan berniaga pada waktu pagi di pasar sekinchan. Berniaga buah-buahan seperti pisang, betik atau nangka. Abah hanya berniaga menggunakan van. Abah akan membawa buah yang hendak dijual dan apabila sampai ke pasar, abah akan buka bonet van dan terus menyusun buah-buhan yang hendak dijual. Dalam sehari boleh dapat dalam RM100 paling kurang bergantung kepada stok buah yang abah bawa. Tanpa segan, tanpa malu dengan berpakaian baju kemeja lusuh yang dipenuhi tompokkan getah pisang, abah akan berniaga bermula dari pukul 8 pagi sehingga 10 pagi. Begitulah rutin abah setiap hari. Tiada cuti melainkan ada kenduri keluarga atau hal yang melibatkan keluarga.

Apa pun kesusahan kita hari ini adalah untuk kemudahan kita pada hari esok. Teruskan perjuangan, terus majukan diri, berniagalah walaupun hanya sebiji buah. Moga sentiasa dimurahkan rezeki hendaknya. Sekian



No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...