Teks: Naimah Norman
Sumber Gambar: Google
Sabar itu indah. Sesuatu yang indah sudah tentu sangat bernilai dan memiliki keistimewaan. Mahalnya sabar kerana ia sifat Rasulullah. Sejarah islam telah mencatatkan kisah perjuangan Nabi Muhammad saw dalam menegakkan kebenaran. Islam adalah kebenaran dan sukar untuk menegakkannya tanpa kesabaran yang tinggi. Kerana perjuangan manusia agung (Nabi Muhammad saw), kita hari ini dapat nikmat iman dan islam.
Sabar dalam islam bererti menahan diri dan hati daripada melakukan sesuatu perkara.
Sabar dapat difahami melalui tiga definisi;
1.Sabar menghindari perkara mungkar.
2.Sabar dalam melaksanakan ketaatan pada Allah.
3.Sabar menghadapi ujian/ malapetaka dalam hidup.
Untuk sabar, kita perlukan formula 2M iaitu;
1. Muhasabah
2. Mujahadah
Muhasabah bererti menilai kembali diri. Persoalan siapa diri kita? Apa matlamat kita? Ke mana arah kita? Muhasabah sehingga kita mampu menjadikan Allah segalanya untuk setiap sesuatu. Mujahadah pula bererti bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu. Melakukan dengan penuh tekun dan tabah walaupun pelbagai dugaan melanda.
Dengan aplikasi 2M tersebut, ia membantu kita mencapai kesabaran. Kesabaran juga diperlukan dalam menghidari perkara mungkar dan dosa. Godaan nafsu dan syaitan akan sentiasa menghantui kita. Hati yang sering muhasabah dan mujahadah akan dapat merasa kesabaran dan keikhlasan. Manusia yang paling sukar digoda oleh syaitan adalah manusia yang benar-benar ikhlas.
Dalam melakukan ketaatan pada Allah juga perlukan kesabaran. Solat fardu merupakan ketaatan yang pertama akan disoal diakhirat. Ibadah solat perlukan kesabaran agar matlamat khusyuk dapat dicapai. Solat itu berat kecuali bagi mereka yang khusyuk.
Seterusnya Sabar dalam menghadapi ujian atau malapetaka dalam hidup. Ujian kesusahan dan ujian kesenangan. Dua-dua ujian itu perlukan kesabaran. Kesusahan kerana tiada wang atau harta perlukan kita untuk bersabar di samping berusaha. Berusaha dan berdoa dengan sabar. Kesenangan hidup yang diperolehi seperti wang yang banyak tiba-tiba datang. Bagaimana hendak bersabar? Sabarlah dalam mengawal diri daripada pembaziran dan menggunakan wang itu pada jalan keredhaan Allah. Duit yang banyak akan menggelapkan mata.
Maka bersabarlah! Perlu sentiasa ingat, kesenangan itu ujian dan kesusahan itu juga ujian.
Sabar itu indah. Sabar itu bermakna dan penuh ganjaran. Allah bersama-sama orang yang sabar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...
-
Teks: Naimah Norman Sumber Gambar: Koleksi Peribadi Kenangan semasa mengajar di tadika. Menjadi guru di tadika Jaim IPD, Alor Gaj...
-
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah Melaka. Adam baru masuk belajar mengaji. Adam berusia 4 tahun lebih. S...
No comments:
Post a Comment