Saya pun tidak ingat bagaimana saya boleh terjumpa mengenai kelas blog dan fanpage ABDR. Seingat saya, ketika itu saya sedang mencari maklumat mengenai pekerjaan semasa mengandungkan Mohamad. Oleh kerana banyak masa terluang, saya banyak membaca dan mencari peluang pekerjaan. Hajatnya nak buat persediaan untuk pekerjaan selepas Mohamad lahir.
Kemudian, saya ada terbaca mengenai jana wang di rumah. Dari situ saya mengenali Puan Masayu. Saya ‘add’ dia di ‘facebook’ dan selalu baca penulisan dia di blog. Masa itu saya tidak tergerak lagi nak sertai kelas kerana saya pun tidak ada modal. Saya memang minat bisnes dan sedang berusaha untuk memulakan bisnes tetapi saya tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk bermula. Sebelum ini pernah bisnes online dan saya tidak berjaya mengembangkan bisnes saya itu. Sehingga berlaku lambakan stok yang tidak habis dijual. Dalam hati ini memang kuat tekad untuk teruskan lagi bisnes.
Selepas melahirkan mohamad, saya nekad untuk beralih ke bisnes lain. Saya miliki impian untuk kembangkan pusat rawatan holistik (Pusat Rawatan Hidroterapi Alkali) melalui jualan produk dari pusat rawatan. Saya merupakan pengamal perubatan holistik atau dikenali sebagai rawatan terapi gelombang warna sejak tahun 2006. Peristiwa yang menjadi rentetan kepada penemuan kaedah perubatan holistik ini adalah ketika ibu saya disahkan menghidapi kanser ovari. Daripada situ saya mula mengenali rawatan ini, sejak ibu saya dirawat sehingga sembuh sepenuhnya. Walaubagaimana pun ketika itu saya tidak menjadi pengguna tetap lagi. Sesekali sahaja saya jalani terapi kalau rasa badan lenguh-lenguh.
Alhamdulillah, dengan nekad saya dan usaha sungguh-sungguh saya berjaya jual dan ada keuntungan sedikit. Bulan kedua saya teruskan lagi tetapi jualan agak merosot dan saya rasa sangat penat. Cara saya promosi ketika itu, saya cari pelanggan dalam group facebook. Saya hantar ‘private massage’ pada mereka yang bermasalah. Kalau rezeki saya pelanggan itu berminat, adalah jualan saya, jika tidak memang suram. Saya termenung memikirkan bagaimana saya nak belajar supaya bisnes saya ini dapat saya kembangkan. Saya tidak boleh berterusan mencari pelanggan tidak tentu arah. Kepenatan saya tidak berbaloi kerana kadangkala 24 jam dengan facebook tetapi hasilnya tiada.
Dengan modal yang ada hasil jualan yang lalu, saya laburkan untuk daftar kelas ABDR. Selama dua bulan saya pulun menyiapkan tugasan entri di blog saya, akhirnya hari ini saya berjaya siapkan. Di pertengahan jalan saya hampir kebuntuan kerana ketandusan idea untuk mengarang entri. Dengan nasihat, sokongan dan bimbingan guru saya, Puan Normie Mat Yusof, akhirnya saya berjaya menyelesaikan tugasan 44 entri dengan jayanya. Penulisan saya bukanlah yang terbaik dan banyak cacat cela. Tetapi daripada penulisan, ia banyak mengubah diri saya.
Sepanjang saya mengikuti kelas ini, saya banyak muhasabah apa kekurangan saya. Bertanya pada diri bagaimana kekurangan ini dapat diperbaiki. Saya lebih kenali diri saya, minat dan kemahiran saya yang dahulunya terpendam dapat saya garap kembali. Memang benar, kadangkala orang lain boleh melihat kekuatan kita sedangkan kita tidak sedar pun apa kekuatan kita.
Saya mula menyedari kekurangan ilmu saya mengenai bisnes yang ingin saya kembangkan. Perkara itulah juga yang menyumbang kepada kebuntuan saya ketika menyiapkan entri dalam blog. Setelah membuat pembacaan dan kajian, minda saya mula berfikir dengan kreatif dan mendapat idea untuk menghasilkan penulisan dalam blog. Asalnya target saya adalah dalam masa sebulan untuk menyiapkannya tetapi kerana pelbagai halangan yang melanda, target saya itu telah terbantut sehingga dua bulan baru dapat menyelesaikan 44 entri.
Banyak yang saya pelajari untuk menghasilkan blog berpengaruh dan belajar menulis dengan fokus dan konsisten. Blog yang saya hasilkan sebelum saya sertai ABDR memang banyak kelemahannya dan saya tidak konsisten menulis. Dalam kelas ini, bukan sahaja saya belajar menulis, tetapi saya temui semangat baru, keyakinan dan peluang untuk saya kenal dengan ramai usahawan.
Walaupun hanya belajar melalui online, tetapi semangat bisnes itu semakin membara dalam diri saya dan saya rasa kekuatan untuk memperbaiki kelemahan dalam bisnes saya. Melihat usahawan lain berjaya, terdetik juga rasa cemburu untuk mencapai kejayaan yang sama seperti mereka. Insyaallah. Moga perjalanan saya untuk terus maju dalam bisnes dipermudahkan Allah. Saya akan terus belajar dan mengkaji.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan segala nikmat yang tidak terhitung nilainya. Inilah ulasan saya mengenai kelas blog fanpage penulisan dan dropship yang saya sertai. Saya juga ingin memperkenalkan diri saya sebagai pengurus online ABDR. Jika anda inginkan perubahan dalam diri dan ingin terus maju dalam bisnes, usahalah untuk mencari ilmu kerana apabila kita lakukan sesuatu tanpa ilmu yang betul, kita mungkin akan temui kegagalan. Saya adalah orang yang pernah kesesatan dalam bisnes dan hari ini juga saya belum berjaya dalam bisnes yang sedang saya usahakan. Namun, saya akan terus berusaha, Insyaallah. Maju bisnes untuk agama.
Hubungi saya untuk mendaftar kelas ABDR. Anda boleh hubungi saya melalui;
Email: naimahnorman@gmail.com
Whatsapp: 0189069144
No comments:
Post a Comment