Wednesday, 10 December 2014

Dapat Duit Dengan Kaedah DUIT

Teks: Siti Naimah Norman
Foto: Koleksi peribadi


Duit adalah rezeki. Duit melambangkan harta. Dalam islam, rezeki tidak terbatas untuk duit sahaja. Oleh kerana kebanyakkan manusia tabiatnya suka mengumpul harta dan harta harus dibeli. Nak membeli perlukan duit. Oleh hal demikian, nak tak nak segalanya memerlukan tetapi duit bukan segalanya.

Duit yang diperolehi dengan cara yang diberkati Allah akan bertambah dari sehari ke sehari. Sesuatu yang Allah berkat akan bertambah dari segi kuantiti dan kualiti. Tanda duit kita berkat apabila kita semakin berkualiti dalam hidup. Perjalanan hidup kita, keluarga, kerjaya dan apa yang kita lakukan akan bertambah baik.

Nak dapat duit bukan senang. Tapi ada kaedahnya. Memperolehi duit mengunakan kaedah DUIT. Kaedah ini sangat praktikal untuk sesiapa sahaja. Di mana- mana sahaja dan bila- bila masa sahaja.

Apakah kaedah DUIT itu?

D - DOA
U - USAHA
I - IKHLAS
T - TAWAKKAL

Sebelum lakukan sesuatu, mintalah pada Allah. Minta Allah bantu dan permudahkan. Pergi kerja, baca doa, mula kerja pun baca doa. Doa senjata muslim. Ia perisai. Tidak semestinya menadah tangan berdoa. Cukup kita berkata dalam hati sambil memuji Allah. " Ya Allah aku nak pergi kerja, lindungilah aku, permudahkanlah aku, kau maha melindungi". Allah maha mendengar walaupun yang berbicara itu hati kita. Bila berdoa bermakna kita meletakkan sepenuhnya kehidupan kita hanya pada Allah. Allah rujukan utama kita.

Usaha berterusan tanpa jemu. Berusaha dengan ilmu. Untuk dunia kita perlukan ilmu dan untuk akhirat juga perlukan ilmu. Ilmu kekuatan kita. Berusaha tanpa ilmu ibarat kita pergi sesuatu tempat tanpa peta. Peta sebagai panduan. Begitulah ilmu akan pandu kita. Harta yang mahal adalah ilmu. Berusahalah dengan ilmu, baru kita akan nampak hasil. Jika tidak dapat hasil, barangkali kita perlu mantapkan lagi ilmu dn ubah strategi kita. Usahakan dengan pelbagai cara bukan tertumpu satu cara sahaja.

Ikhlas adalah salah satu syarat penerimaan ibadah. Kerja adalah ibadah. Dikatakan ibadah ialah apabila ia dilakukan dengan ikhlas. Ikhlas akan membuahkan keberkatan. Penat mencari duit memang tidak dapat dinafikan tetapi apabila melihat hasilnya hati akan seronok sangat. Allah suka manusia yang ikhlas.

Jika bekerja bukan untuk menunjuk-nunjuk dan bukan untuk membangga dengan jawatan. Jika hasil daripada pekerjaan kita itu terpaksa kita korbankan untuk orang lain, ikhlaslah jika perlu memberi. Dalam rezeki yang kita perolehi ada bahagiannya untuk orang lain.

Doa, usaha berterusan dan ikhlas, barulah boleh berserah. Manusia itu sendiri yang harus berusaha mengubah nasib. Jika tiada duit, usahakan mencari duit. Duit tidak datang bergolek. Ia datang dengan usaha. Setelah usaha, serahkan pada Allah untuk menentukan. Mana mungkin Allah mengecewakan hambaNya. " Mintalah padaku, Aku akan perkenankan". Usahakan bangun malam bermunajat sungguh-sungguh pada Allah. Bersihkan dosa dan cuci hati. Insyaallah pintu rezeki kita pasti akan diluaskan.

 "Ketika sepertiga malam, Allah melapangkan tangannya menerima taubat hambanya yang meminta ampun" (HR Muslim)




No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...