Teks; Siti Naimah Norman
Wanita itu perhiasan. Sebaik-baik wanita adalah yang menjaga diri dan maruahnya. Allah menaikkkan darjat wanita dengan pelbagai ganjaran serta menjaga wanita itu merangkumi segala aspek kehidupan. Allah menceritakan perihal wanita dalam surah An Nisa. Begitu hebat sekali kasih sayang Allah pada wanita. Surah ini istimewa untuk wanita. Dalam ayat 4 surah ini, Allah memerintahkan agar lelaki yang ingin menikahi wanita agar membayar sejumlah mahar kepada wanita tersebut.
"Dan berikanlah mas kahwin (mahar) kepada perempuan yang kamu nikahi sebagai pemberian yang penuh kerelaan".
Arahan Allah ini adalah untuk menjaga hak wanita tadi dan mendidik lelaki agar bersungguh-sungguh dalam menikahi wanita. Pernikahan bukan perkara mudah. Ia menuntut pengorbanan dan saling memahami antara suami dan isteri. Setelah berkahwinnya wanita dengan suaminya itu, adalah menjadi kewajipan suami menjaga zahir dan batin wanita tersebut.
Peranan suami sangat besar dalam pembinaan akhlak seorang isteri. Sering berlaku pertelingkahan antara suami dan isteri kerana tiada kelembutan dalam berkata-kata. Daripada kata-kata akan terkesan ke dalam hati. Pembentukan akhlak manusia bermula daripada hati. Jika bersih hati, maka bersihlah segalanya. Jika kotor hati, maka kotorlah kehidupan.
Bagaimana suami dapat memainkan peranan dalam membentuk akhlak isteri?
Ianya bermula dengan sikap. Apa yang terlihat pada mata isteri, itulah yang akan menjadi contoh teladan. Wanita sifatnya umpama tulang rusuk. Tulang rusuk bentuknya bengkok. Untuk mendidik wanita, ianya perlukan kepada kelembutan. Bukan mendidik dengan kemarahan dan kritikan. Bukan tidak boleh mengkritik, tetapi kritiklah dengan pujian.
......................................................................................................................................................
Suatu hari,isteri telah memasak lauk kegemaran suaminya iaitu sambal pedas.
Isteri tadi merasakan sambal tadi cukup istimewa untuk dihidangkan kepada suaminya itu. Tibalah masa dia mempersembahkan sambal itu kepada suaminya. Suami pun merasa secubit sambal, lalu suami itu berkata;
"Sambal apa ni awak buat, pelik je rasanya. kenapa warnanya hitam?".
Si isteri menjawab pantas, "ini sambal hitam abang, memang warnanya hitam sebab tu dipanggil sambal hitam". Hati isteri rasa gembira dan berdebar menanti reaksi suaminya.
Suami berkata lagi "Dah la warna tak menarik, tak sedap pulak tu. Biasa abang makan
sebelum ni takde macam ni. Awak kalau tak tahu nak masak, tak payah masak. Membazir tahu tak, hilang selera saya nak makan". Berlalu si suami dari dapur meninggalkan isteri.
Tersentap si isteri dengan reaksi suaminya itu, lalu mengalirlah air mata jernih di pipi. Bermonolog dia dalam hati "aku masak sungguh-sungguh, tetapi kritikan ni yang aku dapat".
.......................................................................................................................................................
Keesokkan harinya, suaminya pulang dari kerja seperti biasa. Seharian dia berlapar kerana sibuk dengan kerja di pejabat. Dia ke dapur dan dilihatnya tiada satu pun hidangan di atas meja makan, lalu dia memanggil isterinya.
"Yah, kenapa awak tak masak hari ni? Saya nak makan apa? Awak tahu tak saya penat dan lapar balik kerja!" Suami memarahi isterinya itu.
"Tak sempat abang, saya penat sangat balik kerja tadi" Jawab isteri.
"Masak je la apa-apa, asalkan boleh makan" Jawab si suami.
"hmm, abang ni, kalau saya masak abang komen itu, komen ini. Kalau saya tak masak abang komen dan marah-marah. Makan je la kat pejabat tu, asalkan boleh makan" .
Jawab isteri geram.
Setelah sekian lama memendam perasaan, akhirnya dia meluahkan juga. Geram dengan sikap suaminya itu. Dia masuk bilik dan rebahkan badan atas katil. Kepenatannya belum hilang lagi. Suami pula marah-marah, dia rasa tertekan sangat.
Terdiam si suami mendengar jawapan si isteri. Selama ini, isterinya itu idak pernah menjawab dan dia bukan niat nak marah. Dia hanya mahu berterus terang." Jika tak sedap, dia katakan tak sedap. Jika tak selera, dia katakan tidak selera."
..................................................................................................................................................
Apalah salahnya jika suami tadi mengkritik, tetapi haruslah dengan pujian. Jika lebih kreatif dengan gurauan.
"Yah, kenapa sambal ni hitam ya? awak masukkan apa jadi hitam macam ni, takut pula abang nak makan. Kalau sambal ni warna merah, abang lagi selera nak makan" Katakan sambil ketawa kecil.
Gurauan itu akan menceriakan hati. Jangan marah. Wanita sangat mudah terasa hati jika suami memarahinya atau bercakap dengan nada yang tinggi. Wanita hatinya sangat lembut dan bengkok seperti tulang rusuk. Jika Suami cuba mendidiknya dengan kekerasan dan kemarahan, maka tulang rusuk tadi mungkin akan patah. Tulang rusuk kedudukannya sangat dekat dengan hati. Sebab itu, wanita sangat mudah sakit hati. Jika tulang rusuk yang patah tadi tercucuk pada organ hati, hati mungkin akan luka. Jika luka itu tidak diubati, ia kemungkinan akan membengkak dan bernanah.
Kekerasan dan kemarahan akan membuatkan hati wanita memberontak. Wanita fitrahnya suka pada teguran dan didikan tetapi teguran haruslah dengan nada dan bahasa yang sopan dan lembut. Itulah wanita. Kadangkala wanita ini sikapnya seperti anak kecil. Suka merajuk dan memendam rasa. Anak kecil sangat suka merajuk dan kadangkala memberontak. Ianya kerana mereka tagihkan perhatian.
Perhatian, pelukkan, belaian dan kata-kata yang baik akan memberikan kesan positif pada hati anak tersebut. Sama seperti wanita. Kesan hati yang positif pada wanita akan melahirkan akhlak yang baik. Mereka menjadi isteri yang baik, sopan dan menjadi teladan pada anak-anak.
Suami berperanan untuk belajar berkata-kata dengan lembut dan menggunakan nada yang baik. Ianya qudwah Rasulullah. Dalam apa sahaja yang dilakukan, haruslah tujuan utamanya untuk mendidik dan memberikan manfaat. Belajarlah untuk berlembut kerana ia sifat rasulullah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...
-
Teks: Naimah Norman Sumber Gambar: Koleksi Peribadi Kenangan semasa mengajar di tadika. Menjadi guru di tadika Jaim IPD, Alor Gaj...
-
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah Melaka. Adam baru masuk belajar mengaji. Adam berusia 4 tahun lebih. S...
No comments:
Post a Comment