Wednesday, 4 March 2015

Tips Merawat Anak Demam

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi

Alhamdulillah, hari ini baru sempat mengarang cerita hidup terbaru. Seminggu sebelum "Chinese New Year" yang lalu,  adalah minggu yang benar-benar menguji mental, hati dan fizikal. Banyak perkara yang berlaku yang menyumbang kepada keterbatasan saya untuk menulis. Allah datangkan ujian,  Mohamad demam. Kali pertama dia demam. Semenjak lahir hingga usianya 9 bulan, Allah kurniakan kesihatan yang baik pada Mohamad. Alhamdulillah. "Jaundis" pun tiada dan demam pun tidak pernah.






Masuk usianya 9 bulan, Mohamad sudah mula tumbuh gigi. Demam nak tumbuh gigi barangkali. Sudah kelihatan separuh gigi yang tumbuh bahagian bawah. Ada 2 batang gigi yang sedang tumbuh. Kali pertama anak demam memang kebiasaannya ibu bapa agak panik. Apa yang harus dilakukan? Risau suhu badan anak tidak turun. Suhu demam adalah 37' celsius dan ke atas tetapi jika hingga sampai 40' celsius, ia dikira bahaya. Cepat- cepat bawa anak ke klinik atau hospita, jangan bertangguh bimbang memudaratkan atau jangkitan demam denggi.


Ketika Mohamad demam, saya cek suhu badannya 37.6' celcius. Pegang badannya pun rasa haba panas. Kami suami isteri berkerjasama menjaga Mohamad dan suami pun ambil cuti (emegency leave") pada hari isnin. Mohamad mula ada tanda-tanda demam sejak hari ahad sebelum itu. 2 hari juga dia demam. Tidak tidur malam menjaganya. Mujur Mohamad boleh tidur malam dan tidak merengek, cuma kami bimbang suhu akan naik, kami kerap tuam kain lembab pada badan dia. Waktu siang sahaja dia merengek. Mungkin rasa badan tidak selesa.

Pada hari isnin itu, kami ambil keputusan untuk membawa Mohamad ke klinik, untuk pemeriksaan. Suhu yang dokter periksa adalah 38' celcius. Bagi saya agak tinggi. Mohamad hanya demam biasa kerana tiada batuk atau selsema. Doktor hanya berikan ubat antibiotik  dan ubat batuk sebagai persediaan. Kami hanya bawa balik ubat tetapi tiada tujuan untuk berikan dia makan ubat iu kerana kami sudah berikan padanya pil bunga. Selain berikan ekstrak bunga habbatussauda. 

Ibu bapa perlu kerjasam dalam menjaga anak yang demam kerana di situ akan kelihatan manisnya ikatan kekeluargaan. Susah senang bersama. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips atau panduan yang saya dan suami lakukan ketika merawat anak demam.

Antara tips yang saya boleh kongsikan ketika merawat anak demam adalah;
1. Kerap pantau suhu badan anak.  
2. Basahkan kain dengan air paip dan tuamkan pada kepala dan seluruh badan anak. Saya gunakan air sejuk dari peti ais. Tujuannya untuk mengawal suhu kepanasan badan.
3. Pakaikan anak pakaian yang nipis dan jika tengahari ketika cuaca panas tidak pakaikan baju pun tidak mengapa. 
4. Urut badan anak terutama pelipat belakang badan dan tapak kaki dengan minyak zaitun yang di campurkan dengan bawang putih. Caranya lenyekkan bawang putih mentah dalam minyak zaitun dan urutkan pada badan anak.
5. Kerap mandikan anak dengan air paip. Saya mandikan Mohamad dengan aroma bunga sejagat untuk membantu mengembalikan tenaga dalaman dan memberikan kelegaan tubuh.
6. Kerapkan beri susu badan terutamanya. Untuk perkukuh kembali sisitem imun badan.
7. Berikan makanan tambahan yang boleh membantu memperkukuh sistem imun tubuh. Saya berikan Mohamad ekstrak bunga habbatussauda. Titiskan setitik dalam air suam dan bagi dia minum.
8. Peluk dan usap lembut badan anak. Anak yang demam sering mahukan perhatian. Kerap merengek sahaja. Belaian kasih ibu dan bapa akan membantu memulihkan kembali semangat si anak. 


Alhamdulillah, sedikit perkongsian dari saya. Moga bermanfaat.


















No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...