Saturday 16 May 2015

Menulis Sebagai Saham Di akhirat

Teks; Naimah Norman

Alhamdulillah, hujung minggu yang tenang. Panjatkan kesyukuran terhadap Allah atas kurniaan kemampuan untuk menulis, idea untuk berkarya dan terus memberikan manfaat. Terima kasih untuk pembaca yang sudi berkunjung ke laman blog saya yang serba kekurangan ini. Saya masih belajar dan akan terus belajar. Maafkan saya atas kekurangan penulisan saya namun, saya akan terus menulis hingga akhir hayat. Insyaallah.

Mengapa saya terus menulis?

Saya bukanlah seorang yang mahir menulis. Saya juga tiada kelulusan dalam bidang penulisan, sastera atau bidang komunikasi. Saya suka menulis kerana saya mahukan manfaat daripada penulisan saya itu. Manfaat untuk diri saya dan juga orang lain. Memberi inspirasi dan motivasi untuk diri sendiri dan juga orang lain.

Mengapa saya suka menulis?

Bukan kerana saya mahukan populariti, pengiktirafan atau mahu kehormatan. Saya suka menulis kerana ia terapi minda dan terapi hati untuk saya. Untuk saya memperbaiki segala kelemahan saya. Saya banyak kelemahan dan kekurangan. Dengan menullis, ia meransang minat saya untuk membaca dan mengkaji. Ia menjadikan saya ingin menambah ilmu dan kemahiran. Saya baca, kaji, lakukan dan kongsikan bersama orang lain.

Apa manfaat saya dapat daripada menulis?

Tiada manfaat lain melainkan untuk mendapat ganjaran daripada Allah. Menulis sebagai saham di akhirat. Tiada harta yang kekal di dunia ini melainkan 3 perkara:

1. Anak yang soleh
2. Sedekah jariah
3. Ilmu yang bermanfaat

“Apabila bila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga (3) perkara; sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, anak soleh yang mendoakannya” (HR Muslim).

Saya tidak mempunyai harta yang banyak untuk disedekahkan. Namun, itu bukan penghalang kepada saya untuk bersedekah. Ilmu yang bermanfaat yang akan menjadi saham saya di akhirat kelak. Tujuan kita hanya akhirat.

Perkataan yang baik itu sedekah. Secara lisan mungkin kia tidak mampu menyampaikan kebaikan. Menasihati diri sendiri dan orang lain secara lisan bukan suatu yang mudah. Namun kita mampu lakukan melalui penulisan.

Salam Sayang,
Naimah Norman.

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...