Monday 13 August 2018

Entri 36/44: Terapi Hati

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


Jambangan coklat dan bunga ini, Kejutan buat suami pada ulangtahun perkahwinan kami tahun ini. Tangan tu bukan tangan saya. Ia tangan pereka jambangan. hehe

Bagi saya, ubat kepada hati adalah salah satunya kasih sayang. Kasih sayang yang dibuktikan dengan perbuatan. Mereka yang mengasihi akan dikasihi.

Sudah 5 tahun lebih saya hidup dengan pasangan yang ada OCD. Ia bukan sesuatu yang lazim. Ia sesuatu yang baru. Saya mula menerima takdir ini dan kuatkan diri.

Bukan mudah tapi tak mustahil untuk saya cuba memahaminya. Saya miliki pasangan yang sangat istimewa dan mertua yang sangat baik. Sangat memahami.

Anugerah dan rezeki buat saya. Pasangan  yang OCD pun suatu rezeki. Pagi semalam, suami beli nasi lemak. Kami makan untuk sarapan dan tengahari.

Makan malam beli juga. Sayang suami pada kami anak beranak.😊

Malam itu, saya lihat, tenung wajah suami tatkala dia tidur, ya! Ini hadiah daripada Dia, pinjaman dariMu.

Aku belajar bersyukur, aku belajar pujuk hati, aku belajar kuatkan hati dan rawat hati.

Siapa sahaja yang Dia takdirkan hadir dalam hidup kita ini adalah amanah. Jaga sebaiknya.

Dia suami, dialah bos saya di rumah. Saya akui banyak saya belajar bila bekerja dengan bos yang sangat skema. Kelebihan saya kekurangan dia, kelebihan dia, kekurangan saya. Saling melengkapi.

Ya takdir tuhan, saya bekerja di rumah, siapa nak pantau, siapa nak nasihat. Hadirnya bos yang garang ni, buat saya lebih disiplin, lebih tegas untuk maju jaya.

Insyaallah, Doakan kejayaan saya untuk terus kembangkan kelas dan bantu anak-anak mahir membaca. Amin.

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...