Monday 13 August 2018

Entri 37/44: Mama Nak Peluk

Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi


"Mama, nak peluk. Mama nak peluk". Kata Mohamad sambil menangis apabila kena marah.

Dia rasa bersalah, dia akan datang pada saya dan kata nak peluk. Kadang saya peluk, walaupun hati rasa geram.

Kadang saya minta dia datang pada saya peluk. Ingat balik, rasa teruknya saya, ego. Tak mahu pergi pada anak peluk, malah minta anak datang pada kita. Allah. Maafkan mama sayang.

Saya rindu bila dia kata nak peluk. Lama dah dia tak berkata begitu. Sejak dah tidur asing, tidur dengan adik, dia jarang nangis-nangis dah bila bangun tidur.

Sekarang ni dia suka merajuk kalau ditegur. Tapi rajuknya sekejap sahaja, sebab dia faham saya tak selalu nak pujuk dia. Kalau saya marah dia buat salah, dia akan minta maaf.

Mama, Abang minta maaf. Abang minta maaf. Kata dia dan peluk saya.

Allah saya menangis jika dia kata begitu. Saya pun minta maaf jika ada marah dia. Cium ubun-ubun dia, usap belakang kepala dia.

Allah ampunkan aku kerana menyakiti anak ini, ampunkan aku Ya Allah. Saya tak mahu anak saya takut saya tapi saya nak anak hormat dan sayang pada saya.

Allah menguji kesabaran membesarkan dan mendidik anak - anak. Anak ni apa yang kita corakkan. Mereka bersih, kita yang memberi warna pada mereka.

Usahalah perbaiki diri, mohon Allah bimbing selalu. Saya selalu bayangkan jikalah hari ini hari terakhir saya dengan anak, pasti saya akan sangat terkilan jika ada buat salah pada dia. Marah berlebihan pada dia.

Sebelum nak marah, tahan dan tenung wajah anak. Dia baru nak belajar kenal dunia. Dia baru beberapa tahun, kita dah berpuluh tahun. Sabarlah, kuatkan hati dan iman.


No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...