Monday, 12 January 2015

Kembali Kepada Fitrah Perkahwinan

Teks: Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi



Ketika membuat keputusan bekerja dari rumah, hati ini gundah gulana. Fikiran bercelaru memikirkan cara untuk jana pendapatan jika duduk di rumah. Tiada paksaan di pihak suami atau keluarga. Di luar sana begitu ramai graduan yang semasa bujangnya bekerjaya dengan pendapatan bulanan yang tetap.

 Apabila berkahwin, kadangkala terpaksa berpisah dengan suami kerana tuntutan kerja yang tinggi. Bila dapat anak, pelbagai kelengkapan perlu disediakan. Kelengkapan bukan hanya wang ringgit tetapi tumpuan dan kasih sayang untuk anak itu membina moral diri.

 Mampukah semua itu dikendalikan dengan hidup berasingan dengan suami? Berjumpa seminggu sekali. Urusan anak bagaimana? Siapa mahu menjaganya? Di mana? Pelbagai persoalan berlegar. Jika tidak bekerja bagaimana mahu mendapatkan wang?

Namun begitu dengan penuh keyakinan atas asbab perkahwinan dan kehadiran anak akan membuka pintu rezeki, nekad melepaskan kerjaya dengan 1001 ketidakpastian. Kerjaya? Wang? Harta?. Ia boleh berganti tetapi nilai kasih, jiwa, rohani dan pengorbanan, ia perlukan pembuktian. 


Fitrah seorang isteri itu berada di sisi suami dan anaknya. Menjadi isteri yang mendampingi suami ketika susah dan senang. Jika mahu hidup berasingan, ia sudah lari daripada fitrah perkahwinan itu. Sesuatu yang lari daripada fitrah pasti akan memberikan impak negatif. Mungkin impak itu bukan sekarang atau setahun dua perkahwinan tetapi ia akan berlaku dalam jangka masa yang panjang. 

Kembali kepada fitrah perkahwinan yang mana suami dan isteri mesti tinggal bersama. Jika mahu berasingan bukan dalam jangka masa lama. Pasangan yang berkahwin dan mengambil  keputusan untuk tinggal berasingan atas faktor kerjaya berpotensi besar akan mengalami masalah untuk memahami pasangannya itu apabila tinggal bersama kelak.

 Semasa tinggal berasingan, segalanya baik-baik belaka tetapi apabila tinggal bersama, semua kelemahan pasangan akan dipersoal. Ia akan membawa kepada pertelingkahan dan pergaduhan. Sukar untuk menerima sikap dan tabiat pasangan. Ketika tinggal berasingan, tidak nampak semua tabiat buruk. Apabila tinggal bersama, tabiat baik buruk semua terserlah. Bangun lewat, rumah bersepah, kotor dan sikap negatif pasangan yang tidak disukai akan menguji jiwa raga.

Sebelum saya dan suami mendirikan rumah tangga. Saya bekerja di Subang dan suami pula di Melaka. Saya tidak pernah bercinta dengan suami. Kami berkenalan melalui keluarga. Setelah fikirkan risiko dan keburukkan apabila tinggal berasingan, saya ambil keputusan melepaskan kerjaya saya sebagai guru ketika itu dan nekad mengikut suami ke Melaka.

Keyakinan saya terhadap rezeki perkahwinan sangat kuat. Saya percaya dengan perkahwinan akan membuka pintu rezeki saya seluasnya. Alhamdulillah 2 bulan berkahwin saya mendapat tawaran mengajar di tadika Jabatan Agama Islam Melaka dan mendapat pengkhabaran gembira dengan kehamilan saya. Saya mengandungkan Mohamad. Kandungan kedua saya selepas keguguran sebelum itu. Dua rezeki datang serentak. 

Saya teruskan kerjaya saya sebagai guru kontrak selama 3 bulan dan seterusnya apabila tamat kontrak saya mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kandungan saya. Ia pengalaman yang menyeronokkan. Alhamdulillah. Bagaimana Allah begitu adil terhadapa hambanya. Ia memberikan jalan yang tidak disangka-sangka hambanya itu. Perkahwinan membawa rezeki. 

Alhamdulillah sehingga kini, saya meneruskan kerjaya saya hanya dari rumah. Bisnes online adalah cara bisnes yang sangat praktikal untuk mereka yang mahu menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Urusan rumah tangga dan anak-anak lebih terjaga. Tanpa komitmen yang membataskan gerak kerja rumah tangga dan kualiti masa yang lebih dengan anak-anak dan suami. 

Dahulunya saya kurang yakin dengan keputusan untuk bekerja dari rumah kerana saya kurang ilmu dan tiada sokongan. Tetapi saya berusaha sungguh-sungguh dan berdoa. Setelah melahirkan anak saya, Mohamad. Tercetus idea untuk menjual makanan sunnah. 

Saya mengamalkan pemakanan sunnah, mengapa tidak saya promosikan makanan sunnah tersebut kepada orang lain. Ianya Untuk kebaikan dan mendapat pahala. Mengamalkan dan menjual. Mencuba dan melihat kesan serta keajaiban makanan sunnah, saya yakin ianya adalah makanan terbaik untuk kesihatan dalaman dan luaran. 

Alhamdulillah allah temukan saya dengan ABDR. Akademi Bekerja Di Rumah yang merupakan platform untuk para suri yang mahu mula menjana pendapatan dari rumah. Saya sangat dahagakan ilmu kerana banyak yang saya tidak tahu tentang bisnes dan saya ingin belajar. Saya mengambil keputusan untuk menjadi pengurus online ABDR kerana saya mahu benar-benar serius dalam bidang perniagaan ini.

Mulakan langkah anda sekarang!Usah bertangguh.

Inginkan sertai kelas di atas dan bina platform menjana pendapatan bersama ABDR? Anda boleh SMS/WHATSAPP saya 0189069144.



No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...