Sunday, 4 January 2015

Mengingati Kematian Membersihkan Hati

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar; Google



Kematian adalah pintu bertemu dengan Allah. Siapa tidak mahu bertemu dengan Allah? Allah pencipta yang memberikan segala nikmat pada kita, masakan kita tiada keinginan untuk bertemu denganNya? Alam ini begitu hebat ciptaannya, sudah tentu pencipta alam ini juga jauh lebih hebat. Mengingati kematian membawa keinsafan diri. Ia menjadikan hati begitu gerun dan resah sekali. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu kekasih Allah. 

Mengapa keresahan melanda tatkala mengingati kematian? 

Jawapannya: Kerana belum cukup persediaan.

Dua hari lepas ketika saya menulis entri ini, bapa saudara saya iaitu suami kepada mak ngah, adik kandung ummi saya telah dijemput Allah. Negeri Kelahiran ummi adalah kelantan tetapi kami dapat pulang ke sana jarang sekali kerana kengkangan duit dan pengangkutan. Adek beradik kandung ummi yang masih hidup ada 4 orang. Ummi yang sulung, Mak ngah, Mak su dan Pak su. Hanya ummi sahaja yang merantau ke luar dari Kelantan. Adek beradik yang lain menetap di Pantai Timur. Bapa saudara saya itu saya panggil pak ngah atau cik jamal adalah orang yang pernah saya jumpa kali terakhir ketika pulang ke kampung tok ayah di Pasir Mas. Waktu itu tok ayah masih ada rumah di Pasir Mas dan arwah nenek asiah masih hidup. Umur saya ketika itu, seingat saya masih sekolah rendah.

 Ketika ummi menyampaikan berita kematian tersebut melalui "SMS" saya agak terkedu seketika.  Teringat jasa arwah mengambil kami sekeluarga dari terminal bas setelah sampai dari Selangor. Waktu itu kami sekeluarga pulang ke pasir mas. Ketika menerima berita kematian itu, terbayang-bayang wajah arwah dan kenangan bersama arwah. Arwah tidak banyak bercakap tapi suka tersenyum. Terasa arwah seperti masih ada. Ia menjentik keinsafan dalam hati saya. Sekejap sahaja Allah nak ambil semula. Kita milik Allah dan sampai masa kita akan Allah ambil semula bertemu dengannya. Kematian itu pasti, hanya masanya yang kita tidak tahu, keadaan kematian dan pengakhiran kita. Semua telah tercatat di Luh Mahfuz. 

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu
sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami 
menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 
(al-hadid - 22)


Kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan? (Al Baqarah 28)

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. (Al Ankabuut)

Mengingati mati akan membersihkan hati. Kadangkala sukar sekali untuk hati kita merasa kehambaan. Merasa kehambaan pada Allah yang menggerakkan jasad kita melaksanakan apa yang dicintai oleh Allah. Melaksanakan ibadah wajib pun kadangkala kita merasakan ianya begitu berat sekali untuk disempurnakan, apatah lagi untuk menambah koleksi ibadah sunnah. Apa yang dicintai Allah itu ada tertulis dalam Al Quran. Mengingati kematian akan membuatkan kita merasa takut dan lantas melaksanakan ibadah dengan bersungguh-sungguh. Ditambah dengan ibadah sunnah seperti solat tahajud, puasa sunat, sedekah dan perkara kebaikan yang lain. Itulah persediaan untuk kematian kita. 

Laksakan sedikit tertapi berterusan. Itu lebih baik daripada kita laksanakan banyak tapi tidak tetap dan compang-camping pula. Untuk berterusan malaksanakan amal kebaikan perlukan mujahadah dan selalu muhasabah. Doa adalah kunci kepada istiqomah. Berdoalah minta pada Allah agar ditetapkan hati dan jangan dipalingkan setelah kita menemui jalan kebaikan. Moga kematian dan pengakhiran kita adalah pengakhiran yang mulia di sisi Allah. Insyaallah, moga kita sentiasa dalam rahmat kasih sayangNYA. 

Salam Tarbiyah

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...