Monday, 12 January 2015

Mulakan Hari Dengan Ceria

Teks: Naimah Norman
Sumber Gambar: Google


Alhamdulillah hari ini hari isnin permulaan hari dalam seminggu. Hari pertama persekolahan bagi sesetengah negeri kecuali pantai timur dan Johor kerana sesi persekolahan telah bermula semalam. Setelah sesi persekolahan di lanjutkan selama seminggu, hari ini sekolah mula beroperasi. tentu teruja dan gementar bukan? Lebih-lebih lagi kali pertama menghantar anak ke sekolah.


Semasa hari sabtu kelmarin, saya bawa Mohamad jalan-jalan ke taman. (Gambar tak sempat ambik.. Huhu) Terserempak dengan anak murid masa tadika dulu. Mereka kelas yang saya ajar. Kembar umur 5 tahun, Amsyar dan amzar. Malu-malu mereka.
Saya tegur mereka;
"Amsyar, amzar ingat teacher lagi tak".


Tersipu-sipu mereka dengan senyuman yang menayangkan 2 batang gigi hadapan yang rompong.

Saya tanya lagi;
"Bila sekolah"?

Jawab amzar; "kita cuti lama".
Ketawa saya dalam hati. Mesti budak ni masih seronok bercuti.
"Isnin ni kan sekolah"? Saya tanya mereka.
"Kite dah beli barang sekolah" dengan bangga amzar memberitahu.
"Oh yeke" saya mengiyakan.
He he he. Mereka senyum anguk-angguk. (Mereka tak faham pun apa pertanyaan saya, sekolah? Isnin?). Apa teacher cakap ni?
Itulah kanak-kanak, lain kita tanya lain dijawab. Seronok, bermain dan kadangkala menangis. Kita yang perlu mahir memahami mereka. Dunia mereka yang kita lalui dulu. Rindu pula saya pada kenangan sewaktu mengajar dahulu. Kanak-kanak menceriakan kerana mereka bersih dari dosa. Kita tidak ceria kerana banyak dosa. Hati kita tidak tenang. Ianya yang menjadi punca kita tidak ceria. Memulakan hari dengan ceria adalah sangat penting. Dari mula bangun celik mata kita rasa ceria sehinggalah kita tutup mata semula pada malam harinya, keceriaan itu tetap berterusan.

Kunci keceriaan adalah 'KETENANGAN". Apabila tenang semua perkara akan jadi rasional dan yang negatif akan jadi positif. Ketenangan itu hanya dengan mengingati Allah. Ingat allah atau dalam bahasa arab kita sebut "Zikrullah". "Zikr" membawa makna ingat. Sebagaimana kita selalu mengingati orang yang kita sayang begitu juga kita mesti ingat kepada Allah. Malahan, mengingati Allah itu seharusnya lebih daripada mengingati manusia atau segala perkara yang kita cintai. Ingat allah, Insyaallah Allah akan beri keceriaan dalam hidup.


Wallua'lam. Allah lebih mengetahui.

Salam Tarbiyah, Salam Motivasi


No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...