Alhamdulillah.
Hari ahad yang bersemangat. Walaupun berada di hujung minggu yang mana
kebanyakkan orang akan menghabiskan masa dengan bersantai-santai setelah penat
bekerja pada hari isnin hingga sabtu. Bagi saya setiap tujuh hari dalam
seminggu adalah hari bekerja saya.
Bekerja sendiri tiada masa tertentu untuk bercuti dan jika bercuti pula tiada “claim” gaji. Begitulah hakikat bekerja sendiri semua di tanggung sendiri dan urusan masa kerja juga sendiri yang uruskan. Disiplin diri sangat penting untuk kekal bekerja dengan bersemangat walaupun hanya bekerja dari rumah sahaja.

Indahnya
bekerja dari rumah kerana kita miliki kebebasan yang orang bekerja makan gaji
tidak ada. Bebas mengurus masa kerja, bebas menentukan urusan kerja dan tidak
terikat dengan jadual kerja dan “due date” tugasan. Tiada bebelan atau
kemarahan bos kerana kitalah bos dan kitalah pekerja. Cabarannya bekerja
sendiri ini adalah konflik diri sendiri. Namun jika bekerja makan gaji tidak
terkecuali diri sendiri juga akan ada konflik seperti malas, bosan penat dan
sebagainya.
Namun kerana tanggungjawab kita akan paksa juga buat kerja kerana kita dibayar gaji untuk pekerjaan kita. Ianya berbeza apabila kita bekerja sendiri jika rasa malas, penat letih kita masih boleh besantai-santai atau menangguhkan kerja mengikut masa kita sendiri. Tidak kira kerja makan gaji atau bekerja sendiri, komitmen adalah keutamaan dan disiplin diri perlu tinggi.

Di
sini saya ingin kongsikan sebagai panduan kita bersama cara untuk kekalkan motivasi dan semangat
dalaman dalam melaksanakan pekerjaan kita. Tidak kira apa dahaja pekerjaan yang
kita laksanakan, kekuatan diri itu perlu dijaga. Semangat dalaman sangat
penting untuk kita menggerakkan sesuatu pekerjaan. Banyak faktor yang
menjadikan kita tidak produktif antaranya malas, jemu, rasa putus asa dan tiada
sokongan serta faktor kesihatan yang tidak baik. Namun semua itu kita jadikan
cabaran dan jangan jadikan ianya alasan.
Sebagai orang islam, kita telah laksanakan solat yang wajib tetapi tetap ada rasa lemah dan malas sedangkan ibadah itu akan menjauhkan syaitan daripada kita. Jika kita perasan, bukan syaitan sahaja musuh utama kita tetapi kita ada nafsu. Nafsu dalam diri kita. Ianya selalu mengarak kepada keburukkan. Kita perlukan panduan untuk mengawal diri supaya akan tebit motivasi dalam diri dan semangat dalaman.

Antara
panduannya:
1. Apabila bangun daripada tidur setiap pagi bacalah doa. Paling mudah ucapkan “ Alhamdulllah terima kasih Allah yang menghidupkan aku semula, moga hari ini aku lebih baik”. Jika tahu bahasa arab boleh baca dalam bahasa tersebut atau boleh baca dalam bahasa apa sekali pun kerana Allah maha memahami kehendak hambanya.
2. Senyum dan tarik nafas. Lakukan pernafasan dalam 5 minit dan ucapkan dalam diri “hari ini aku seorang yang bersemangat dan produktif”. Sebutkan kata-kata positif dalam diri kita.
3. Pastikan kita sentiasa dalam keadaan berwuduk
4. Dirikan solat sunat dhuha. Paling minimum 2 rakaat dan doa sungguh-sungguh pada Allah agar ditetapkan hati.
5. Jika tidak mampu dirikan solat sunat kerana rasa malas melampau. Usahakan berzikir. Paling mudah zikir 100 kali. “Subhanallah”, “Alhamdullah”, “Allahuakhbar” sebanyak 33 kali dan “Lailahaillallah” sekali sebagai penutup.
Jika mampu lagi, bacalah Al Quran satu muka surat. Boleh juga baca 3 surah terbaik ini “Al ikhlas’, “Al falaq” dan ‘An nas”. Cuba lakukan mana yang mampu.
6. Buat pada waktu pagi atau malam dimana keadaan dan waktu kita tenang. Usahakan tenang kerana hati yang tenang itu terdapat padanya kekuatan.
Ianya
sebagai panduan kita bersama dan usahakan mengiku kemampuan kita yang penting
berterusan. Insyaallah. Moga ianya membantu. Salam motivasi!
No comments:
Post a Comment