Tuesday, 20 January 2015

Seronoknya Mengandung

Teks: Siti Naimah Norman

Assalamualaikum. Salam motivasi semua.

Alhamdulillah Mohamad Rafiy'yuddin sudah berusia 8 bulan. Syukur Allah beri kesihatan dan kecerdasan pada Mohamad. Terasa baru semalam melahirkannya. Sekarang Mohamad sudah mengesot dan merangkak. Laju sahaja mengesot jika dibiarkan. Semua nak dipegangnya dan dicapainya. Bila ada benda yang menarik perhatiannya, dia akan segera nak pegang benda tu. Sudah pantai meniti di sofa, meja dan mana-mana yang dirasakan seronok baginya.



Sudah beberapa kali juga terjatuh. Hendak berdiri belum pandai hendak imbangkan diri. Masa itu mama buat kerja di dapur, dengar-dengar dia menangis kuat. Subhanallah. Bertuah anak mama ini. Mama selalu pujuk jika Mohamad menangis, "Mohamad kuatlah, Mohamad bijak, nak pandai memang sakit dan susah. Sekejap je biasanya Mohamad menangis. Mama pujuk dia diamlah. Rasa trauma juga bila anak jatuh. Insyaallah mama akan selalu berada disamping Mohamad.

Seronok mengandung dan melahirkan. Terasa rindu bertaut kembali kenangan ketika mengandung dulu. Memang sakit badan, lenguh, pening mabuk semua tetapi bila lihat perut makin membesar, rasa bayi gerak-gerak dan lahirnya anak itu, rasa keseronokkan berganda-ganda. Alhamdulillah bersyukur Allah bagi peluang merasai nikmat mengandung dan melahirkan. Rindu sangat saat itu. Tiada kata-kata mampu mengambarkan keseronokkan mengandung.

Apabila selamat melahirkan, ummi adalah orang pertama yang ucap "tahniah, selamat dah ibu". Ya Allah, sebak rasa bila orang yang melahirkan kita mengucapkan itu. Kita tahu dan rasa apa yang dilalui orang yang melahirkan kita. Rasa besar pengorbanan ummi dulu melahirkan dan membesarkan kita sehingga menjadi manusia yang berjaya. Marah ummi kerana ummi sayang. Teguran ummi kerana ummi mahu kejayaan untuk anaknya. Cerewet ummi kerana ummi mahu lakukan yang terbaik untuk anaknya.

Selepas melahirkan, proses menjaga bayi bukan mudah, Berjaga malam dan tidak lena tidur. Ummi beri semangat ketika ema rasa murung selepas melahirkan. Kemurungan kerana kesakitan dan keletihan. Sungguh kesakitan itulah yang ummi lalui semasa melahirkan ema dulu. Ummi berkorban untuk besarkan ema.

Ummi, ema sayang ummi. Terima kasih melahirkan ema dan menjaga ema. Ketika ema sudah merasa sakit hendak bersalin, ummi telefon ema dan memberikan kata-kata semangat. Ketika ema sarat membawa perut di hujung-hujung kehamilan, ummilah yang selalu risau dan bertanya keadaan ema. Ummi tiada ganti. Moga Allah berikan kesihatan kepada ummi.

Bersama Ummi tersayang ketika majlis perkahwinan belah lelaki. 2 jun 2013




No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...