Sumber Gambar: Koleksi Peribadi
Apabila penat bekerja seharian, kadangkala anda lupa untuk menghargai diri sendiri. Kesibukkan kerja di pejabat atau di rumah menjadikan anda lebih fokus dan serius dalam pekerjaan yang anda lakukan. Hari hari yang anda lalui penuh kepenatan dan kadangkala diulit kebosanan.
Jika anda bekerja di rumah, contohnya anda sorang perniaga online atau anda melakukan bisnes makanan seperti kek, roti, kuih-muih dan menjahit pakaian dari rumah, setiap hari rumah kita itulah tempat tumpuan anda. Ia tempat anda bekerja, tempat makan, tempat mencari idea baru dan tempat melegakan tekanan.
Setiap manusia miliki perasaan yang sering berubah-ubah. Kadangkala gembira, ceria atau seronok. Namun kadangkala sedih, tertekan atau bosan. Cara untuk melegakan tekanan itulah yang harus anda perlajari. Jangan lepaskan tekanan, tetapi legakan tekanan. Ia memberi manfaat pada diri dan juga orang di sekeliling anda.
Kadangkala, anda sering melepaskan tekanan yang anda hadapi kepada orang lain terutama pasangan, anak, keluarga atau jiran kita. Ia berlaku tanpa disedari kerana tiada pertimbangan yang baik dalam diri.
Fikiran tidak mampu menjadi rasional tatkala keletihan. Badan letih, perasaan pun akan terganggu dan pemikiran akan bercelaru. Semua itu lumrah kehidupan, namun anda harus mengurus tekanan dengan bijak.
Perkara yang paling penting untuk melegakan tekanan adalah dengan memberikan keseronokkan pada perasaan dan tubuh anda. Hadiahkan sesuatu untuk diri anda sendiri. Beri hadiah kepada diri anda setiap hari.
Nampak seperti mustahil hendak hadiahkan diri sendiri. Setiap hari pula perlu bagi hadiah, nampak seperti susah sahaja. Bukan susah, hadiah tidak perlu mahal-mahal. Apa sahaja yang menyeronokkan, boleh dijadikan hadiah.
Jika bekerja di rumah dan sukar mahu keluar, mungkin anda boleh hadiahkan diri anda dengan beberapa aktiviti ini:
1. Membaca buku. Membaca sebagai terapi yang boleh membuka minda kita. Alih perhatian minta anda kepada perkara lain seketika.
2. Selain itu, membaca Al Quran dan memahami makna. Al Quran banyak menceritakan kisah teladan dan motivasi yang mampu membangunkan rohani.
3. Membaca berita dan isu terkini atau membaca komik kelakar yang mencuit hati.
4. Minum air jus yang menyegarkan.
5. Menyiram pokok bunga. Tanaman mampu memberikan ketenangan hati.
6. Bermain dengan haiwan seperti kucing.
7. Bergurau senda dan bermain dengan anak anda. Main lari-lari dan geletek-geletek.
8. Masak makanan kegemaran yang jarang anda masak.
9. Lakukan senaman ringan.
10. Menyanyi dan menari.
Lakukan aktiviti tersebut dalam jangka masa yang singkat dalam 30 minit. Keseronokkan yang anda rasai akan mampu mengembalikan tenaga dalaman anda. Selepas selesai hadiahkan diri sendiri, sambung semula kerja yang anda lakukan sebelum itu dengan gembira dan ceria.
Jika anda bekerja di luar rumah tetapi dalam masa yang sama, anda juga bekerja di rumah. Masa yang anda ada sangat terhad tetapi jika bijak memanfaatkannya, anda akan lupa tekanan kerja tersebut. Malah, akan wujud rasa seronok walaupun terpaksa melakukan 2 kerja dalam sehari. Kerja di pejabat dan kerja di rumah.
Sebenarnya tiada masalah untuk hadiahkan diri sendiri setiap hari walaupun anda sibuk dengan kerja di pejabat. Anda perlu atur masa sebaik mungkin agar boleh selitkan beberapa aktiviti di atas yang boleh anda lakukan di pejabat seperti minum air, membaca buku, komik, majalah atau Al Quran. Legakan tekanan di tempat kerja dan pulang ke rumah tanpa membawa perihal pejabat anda. Elakkan daripada membawa kerja pejabat ke rumah.
Selain itu, senyuman juga mampu menjadi hadiah buat diri anda. Pandang cermin, lihat wajah sendiri dan senyum. Katakan dalam hati, "aku gembira, bahagia dan aku seronok". Tetapi berhati-hati ya, senyum jangan sampai orang rasa pelik sudahlah. Nanti mereka fikir kita kurang sihat pula. :)
Salam ceria,
(Naimah Norman)
Seni terapi bekerja dari rumah
No comments:
Post a Comment