Teks: Siti Naimah Norman
Gambar: Koleksi Peribadi
Saya dijangkakan akan melahirkan pada 5 mei 2014. Kemudian, saya dan suami pulang ke kampung pada 1 mei 2014 untuk melahirkan anak di selangor. Suami ambil cuti sehingga 5 mei. Tunggu punya tunggu, bayi tak nak keluar juga, sampaikan suami saya ambil cuti sehari lagi pada 6 mei. Keesokkan harinya suami pun terpaksa pulang ke Melaka semula kerana urusan kerja. Walaupun hati berat, dia terpaksa meninggalkan isteri demi tanggungjawab.
Kekesokkan harinya pada 8 mei saya dengan ibu mentua pergi ke klinik utuk membuat pemeriksaan. Bayi sihat, air ketuban cukup paras 10 ke atas dan saya tiada masalah kesihatan seperti darah tinggi atau kencing manis. Saya diberikan tempoh sehingga 12 mei 2014 untuk saya tunggu kelahiran saya.
Balik dari klinik terus saya buat pelbagai senaman, lompat-lompat dan sebagainya. Ada juga rasa sakit sikit-sikit dan sekejap hilang. Saya berdoa sungguh-sungguh agar saya dapat lahirkan anak secara semulajadi tanpa paksaan. Saya yakin wanita itu mampu melahirkan secara semulajadi.
Saya berdoa sungguh-sungguh dan yakin kerana doa wanita mengandung ini antara yang didengari oleh Allah. Pelbagai usaha saya lakukan untuk melahirkan anak saya secara semulajadi. Saya sangat ternanti-nantikan rasa kesakitan melahirkan itu kerana sebelum ini hanya sakit sikit-sikit. Saya pun nak tahu juga saya jenis keluar tanda apa. Ada wanita akan pecah ketuban dan ada pula yang keluar tanda darah. Itu petanda baik kerana rahim mulai membuat persediaan untuk mengeluarkan bayi.
Jalan terakhir sekali saya cuba minum teh daun rasberi. Waktu pagi, 10 mei saya minum. Alhamdulillah petang itu sudah keluar tanda lendir warna coklat. Berbunga hati saya. Saya pun tidak sangka, dengan izin Allah teh tu berkesan sebagai 'induce' semulajadi. Masa itu rasa perut tidak selesa. Sepanjang malam saya tidak lena tidur.
Keesokkan harinya sakit semakin kerap dan kebetulan suami saya pulang ke kampung malam itu. Saya ambil keputusan untuk tunggu di rumah sementara suami sampai. Saya yakin ia adalah rasa 'contraction sebenar. Pelbagai senaman saya lakukan dengan 'gim ball' saya. Saya buat kerja rumah seperti biasa. Sangat tenang ketika itu. Saya makan kurma. Sebanyak mungkin saya makan. Hendak makan nasi atau roti sudah tidak lalu.
Lebih kurang jam 10 malam suami sampai ke rumah. Dia berehat, mandi dan sempat baca Al Quran. Suami bacakan surah yasin pada air sebagai alternatif air selusuh. Air itu suami sapu pada perut saya sambil selawat. Saya masih duduk atas "gim ball" sambil buat senaman goyangkan pinggul ke kanan ke kiri. Ia memang mengurangkan sakit. Sakit itu datang seperti ombak. Sekali datang dalam beberapa saat. Saya tidak sempat kira kerana fokus pada pernafasan. Ia datang dan kemudian berhenti. S
Ibu mentua saya sudah bersiap untuk menghantar saya ke hospital. Jika ikutkan hati saya, mahu sahaja saya tunggu di rumah. Saya masih melengah-lengahkan masa untuk ke hospital. Suami diam dan layankan sahaja. Saya menonggeng dan bersujud untuk mengurangkan kesakitan. Jam menunjukkan pukul 12 pagi ketika itu. Ibu mentua saya sudah siap kemas dan mengambil bakul baju serta kelengkapan yang saya sediakan untuk bersalin.
Suami saya pun bersuara "mak dah ajak ke hospital tu, cmne".
Saya tarik nafas panjang-panjang dan berfikir. Saya jawab "OK, jomlah". Waktu itu saya berjalan sekejap dan berhenti. Setiap kali datang 'contraction', saya berhenti dan tarik nafas sedalam mungkin. Tarik nafas kembungkan perut bukan kembangkan dada. Teknik ini saya pelajari melalui group Facebook 'The Gentle Birthing Malaysia'. Ia memang membantu melegakan kesakitan disamping memberikan oksigen pada bayi.
Sampai di hospital, jururawat cek bukaan "6cm". Terus ke "labour room". Saya minta doktor perempuan. Saya lihat ada seorang doktor pelatih lelaki dalam bilik itu. Dia berbangsa cina. Saya pakai tudung waktu itu. Nurse layankan permintaan saya. Kemudian saya minta lagi,"saya tak nak "drip". Reaksi mereka agak terkejut namun mereka layan permintaan saya.
Doktor perempuan sampai. Dia cek bukaan lagi dan tiba-tiba saya nampak dia pegang alat panjang dan dia kata "saya pecahkan ye". Sepontan saya terus kepit kaki. Saya tahu doktor itu mahu pecahkan ketuban. Terkejut doktor itu. "Kenapa you tak nak pecahkan". Dia kelihatan hairan. Saya jawab "Tak Nak, saya nak pecah sendiri". Saya terus kepit kaki Dan toleh wajah saya arah lain. Hati saya keras tidak membenarkan sebarang prosedur bukan-bukan dilakukan kepada saya.
Mereka pun membiarkan saya sendirian. Cuma alat nadi bayi sahaja yang saya benarkan dipasang. Saya mengiring ke kiri sambil lakukan teknik pernafasan. Dalam dua jam saya berada di hospital itu, dalam jam 2 pagi, mereka terus pindahkan saya ke hospital besar.
Ambil masa juga untuk menunggu ambulan. Sambil menunggu ambulan sampai, saya bawa jalan-jalan. Waktu itu darah memang dah meleleh-leleh banyak sehingga baju dan kain hospital yang saya pakai penuh darah. Dalam jam 2pagi lebih, ambulance sampai dan bawa saya ke hospital.
Dalam jam 3.50 pagi, saya sampai ke hospital. Dalam jam 4.30 pagi, bukaan sudah penuh. Pada jam 4.56 pada saya selamat melahirkan Mohamad secara normal. Alhamdulillah. Banyak lagi peristiwa pahit manis selepas itu yang ingin saya kongsikan. Saya akan kongsikan pada masa akan datang. Insyaallah.
Inilah Mohamad, sudah setahun 6 bulan. alhamdulillah. Moga menjadi anak yang soleh. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...
-
Teks: Naimah Norman Sumber Gambar: Koleksi Peribadi Kenangan semasa mengajar di tadika. Menjadi guru di tadika Jaim IPD, Alor Gaj...
-
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah Melaka. Adam baru masuk belajar mengaji. Adam berusia 4 tahun lebih. S...
No comments:
Post a Comment