Sumber Gambar: Google
Apabila anda bekerja dari rumah, pengurusan diri haruslah menjadi keutamaan. Diri sendiri haruslah diuruskan dengan betul, barulah anda dapat menguruskan keluarga dan perkara lain dengan baik. Untuk menguruskan diri, anda mesti kenal diri anda. Kenal diri anda melalui kelemahan anda. Setiap orang akan ada kelemahan dan ia harus diperbaiki. Tiada manusia yang sempurna. Emosi negatif dalam diri anda adalah salah satu kelemahan yang mesti anda perbaiki segera.
Antara tips mengurus emosi negatif.
1. Kenali keadaan emosi negatif anda.
Antara emosi negatif yang sering ada pada diri kita adalah seperti:
-Marah
-Sedih
-Tertekan
-Kecewa
-Bosan
Emosi-emosi negatif ini akan mempengaruhi cara berfikir dan cara bertindak anda. Ia akan mamberi kesan pada, anak, suami, isteri, keluarga, rakan dan orang lain. Antara kesan negatif hasil daripada emosi negatif ini adalah seperti pergaduhan, kegagalan, persengketaan dan perpisahan.
Anda mungkin seorang yang mudah sensitif dan cepat terasa. Apabila hati anda tersentuh, emosi pun akan berubah. Anda harus ubah dan buang anasir-anasir negatif dalam pemikiran anda. Ubah cara anda berfikir dan ubah sikap anda.
2. Kendalikan emosi dengan betul.
-Kawal diri
Anda mungkin seorang yang mudah marah. Apabila rasa penat sedikit, anda akan rasa nak marah. Marah suami, isteri atau marah anak. Menguruskan kerja rumah dan disamping melakukan kerja bisnes sememangnya memenatkan. Anda harus kawal diri anda.
Caranya mudah. Apabila penat buat kerja rumah, berehat sebentar dan tarik nafas. Tujuannya adalah untuk mengembalikan pemikiran sedar anda di bawah gelombang beta. Gelombang yang memiliki frekuensi tertinggi yang akan berupaya mengawal pemikiran bawah sedar anda dengan membantu anda berfikir dengan lebih rasional.
-Lakukan aktiviti kesukaan anda
Jika anda di rumah, boleh nikmati makanan dan minum air kegemaran anda atau bermain dengan anak anda. Jika belum ada anak, boleh main 'game' dalam telefon atau lihat gambar-gambar kenangan manis anda.
Apabila sudah rasa tenang dan lega dari kepenatan, sambung semula kerja. Lakukan dengan gembira dan seronok. Ubah posisi anda. Jika berdiri, anda harus duduk. Jika duduk anda harus bergerak berjalan.
-Perbaiki hubungan anda dengan orang lain
Berusaha memaafkan dan meminta maaf pada orang lain jika ada melakukan kesilapan. Leraikan persengketaan yang berlaku dengan segera apatah lagi jika melibatkan suami isteri. Bekerja dari rumah akan melibatkan orang yang berada dalam rumah. Pasangan kita, adik-beradik, keluarga atau saudara yang tinggal serumah dengan kita. Jika bersengketa, bagaimana rasa seronok melakukan kerja dapat diwujudkan.
-Dalami ilmu agama
Perkukuhkan ibadah. Lakukan amalan sunat. Solat sunat, sedekah dan zikir. Membaca Al Quran dengan betul serta menghayati maknanya. Sediakan masa khussu untuk ibadah-ibadah tersebut. Jadikan ia rutin dan jadual anda di rumah. Berdoa dan selalu dalam keadaan berwuduk.
Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”
-Tambah ilmu dan pengalaman
Untuk sentiasa positif dan miliki emosi yang stabil, anda harus bersama-sama dengan mereka yang positif. Pelajari ilmu kemahiran di luar kepakaran anda seperti jahitan, seni lukisan atau apa sahaja yang mampu menjadikan anda gembira dan sentiasa ceria.
Anda perlu belajar bagaimana untuk menapis apa yang masuk ke dalam fikiran anda supaya yang berada dalam fikiran anda itu hanyalah anasir-anasir yang positif. Dalam apa sahaja yang kita lakukan untuk kehidupan kita, emosi yang positif sangat penting. Ia pencetus kepada keyakinan diri yang tinggi dan mendorong kepada kejayaan.
Hadiri majlis ilmu atau seminar. Pertingkatkan keyakinan diri disamping membina hubungan sosial dengan orang lain. Akhir kata, tenunglah dan pandanglah bayi. Mereka suci dan masih bersih. Melihat mereka akan menenangkan jiwa.
"Cak! Tak mau stress-stress." |
No comments:
Post a Comment