Thursday, 9 April 2015

Tips Bisnes Makanan

Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: ABDR

Assalamualaikum.

Alangkah seronoknya jika dapat makan "aiscream" atau "coconut shake" ketika musim panas begini bukan?
Di negeri Melaka ni, memang terkenal dengan "coconut shake". Mama dan suami pun turut menjadi 'hantu coconut shake'. Mesti nak minum sekali sebulan sekurang-kurangnya. Kebiasaannya kami minum di Klebang Coconut Shake. Sedap dan murah.

Bercerita tentang makanan, teringat pula peristiwa yang berlaku beberapa hari lepas. Mama dan suami keluar mencari keperluan barang dapur. Selepas solat maghrib kami keluar. Balik daripada beli barang, suami ajak makan asam pedas di restoran berhampiran taman perumahan kami. Katanya sedap makan di restoran itu.

Sampai di restoran, kami terus masuk di ruangan dalam. Kebetulan malam itu, ada siaran perlawanan bola. Ramai pelanggan duduk di luar menonton siaran tersebut. Di ruangan dalam juga turut ada siaran tersebut.

Itu kali pertama mama makan di restoran itu dan rasanya ia mungkin kali terakhir juga. Apa yang mama lihat, di dalam restoran, hampir keseluruhan pengurusan meja makan serta kerusi, kebersihan meja, dan penggudaraan adalah tidak sistematik.

Perkara paling tidak tahan adalah apabila terhidu asap masakan sehingga terbatuk-batuk. Kasihan, Mohamad juga turut mendapat tempias bau asap tersebut.

Mama kata pada suami "kita duduk luar la, tak tahan asap ni, kesian mohamad".

Suami menjenguk ke luar, ada satu meja kosong jauh sedikit dari "televisyen".

"Ha, tu ada kosong, kita duduk situ la ". Kata suami.

"Nanti tak dapat tengok siaran bola, tak pe ke". Tanya mama. Maklumlah, lelaki kebiasaannya suka tonton siaran bola sebab tu mama tanya dulu.

Suami jawab "Tak pe la. Sekejap je".

Lega hati mama. Risau pula suami kempunan hendak tonton siaran bola yang menjadi siaran kegemarannya itu. Kami pun beralih ke meja di luar restoran.

Makanan yang dipesan pun sampai. Asam pedasnya boleh tahan sedap dan pekat. Tetapi pengurusan kebersihan restoran agak kurang sedap mata memandang. Walaupun ramai pelanggan dan masakan sedap tetapi tiada kebersihan. Ia akan mengundang pelbagai masalah terutama masalah kesihatan.

Balik dari restoran mama cakap pada suami "Tak nak dah la makan kat kedai tu. Kotor. Meja berminyak, kerusi bayi pun berkulat. Itu belum lagi masuk ke ruang memasak kat dalam". Membebel mama.

Suami jawab "yeke, tapi sedap masakannya. Abang dah masuk dalam masa ambil nasi tambah. Sama juga bersepah dan kuah tumpah-tumpah atas lantai".

Mama pun mencebik dan kata, "Gelilah, tak nak dah makan kedai tu".

Ya Allah, tidak dapat bayangkan bagaimana orang lain boleh berselera makan di kedai itu. Mama lihat keadaan restoran pun sudah kembang tekak. Dalam hati mama berdoa agar tidak sakit perut selepas makan di restoran itu. Mama pernah juga pergi makan di restoran lain tetapi tidak seteruk restoran itu. Mengucap panjang.

Dalam bisnes makanan, kehalalan dan kebersihan menjadi keutamaan. Makanan itu haruslah halal dan baik. Jika keadaan tempat masak tidak bersih, bagaimana hendak menghasilkan makanan yang baik?

Tempat makan harus dibersihkan selalu dan susun atur kerusi meja juga haruslah tersusun rapi. Ada penyerap udara dalam restoran agar asap masakan tidak bertebaran ke keseluruhan restoran dan mengganggu keselesaan pelanggan.

Jika kita bisnes makanan dari rumah, pastikan dapur dan segala peralatan masakan bersih. Jika bagus, gunakan sarung tangan dan skaf rambut. Ia bagi mengelak daripada rambut gugur dalam makanan yang kita masak.

Bisnes makanan boleh dilakukan dari rumah. Tidak semestinya harus ada restoran. Antara contoh bisnes makanan adalah seperti menjual sarapan pagi. Jika kita imbas kembali, ketika kita kecil dahulu, bisnes masakan pagi atau sarapan pagi adalah pilihan popular bagi surirumah. Ini kerana ia adalah paling mudah untuk dilakukan.

Selain jenis menu berat, sarapan pagi juga boleh berkaitan dengan kuih-muih tradisi.
Bisnes makanan sarapan pagi adalah paling ideal bagi kalian yang suka memasak. Sama ada memilih masak di rumah dan letak sahaja beberapa lokasi, contoh di beberapa kedai makan, stesyen minyak dan sebagainya. Pilih hanya beberapa menu sahaja, sarapan nasi lemak, nasi goreng, nasi berlauk, bihun goreng dan mee goreng.

Semua idea ini kalian boleh baca banyak lagi dalam Ebook 101 Idea Home-based Bisnes. Kalian boleh dapatkan ebook ini sekali dapat BONUS 2 eBook lain. Harga PROMOSI hanya RM50 Sahaja. Jika kalian mahu membuat pembelian, boleh hubungi mama 0189069144 (whatsapp). 

Sekian perkongsian dari mama. Salam bisnes semua. 

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...