Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum semua. Semoga sihat dan ceria selalu. Terima kasih sudi berkunjung ke blog mama ini.
Mama ada satu cerita, hari jumaat lalu, mama ajak suami makan malam di luar. Mama hantar pesanan 'whatsapp' pada suami;
"Abang, malam ni kita makan di luar boleh?. Sayang tak tahu nak masak apa? Nanti sayang belanja abang ya". Itu "massage" mama pada suami. Rasa bosan pula asik makan di rumah padahal bahan masak ada di dapur. Sengaja mahu tukar selera.
Suami pun balas; "Ok Sayang".
Niat hati memang nak belanja makan suami. Sesekali isteri belanja suami makan apa salahnya. Selalu suami sahaja yang bayar makan, kali ni mama pula yang bayar. Amboi! Macam banyak duit pula. Bukan sebab banyak duit tetapi nak mengembirakan suami. Ia salah satu cara menawan hati suami.
Suami yang biasa pilih tempat makan. Kali ni kami makan di 'One Stop Corner'. Kedai ni hanya buka pada waktu malam. Kali pertama kami makan di kedai yang berada betul-betul di tepi jalan utama. Apabila melanglah sahaja masuk ke kedai itu, mama perhatikan susun atur kedai kemas, bersih dan lampu pun suram-suram. Romantik rasa makan malam di situ.
Kemudian, kami pilih menu. Menu semuanya menu makanan barat seperti 'chicken chop', 'lamb chop' dan sebagainya. Mama pilih menu 'mediterian chicken'. Lebih kurang begitulah bunyinya. Air 'capuchino shake'. Cadang nak makan nasi dengan lauk biasa-biasa tetapi bila tengok menu semua masakan barat, mama pun tidak kisah. Janji makan dan kenyang.
Suami makan 'chicken chop' dan air suam.
"Air suam je, tak nak ke kopi ke" Tanya mama. "Tak nak la, sakit tekak", jawab suami. "Oh, Ok". Mama ok je.
Alang-alang makan di luar biar pilih makanan dan minuman yang luar biasa. Menu yang kita tidak boleh masak sendiri. Yang penting sedap dan segar. Gambar di bawah ini adalah menu yang mama makan.
Kalian nak tahu, kedai ni sebenarnya berada di halaman rumah. Mama perasan semasa berjalan pulang. Bersebelahan kedai ini, bersambung dengan rumah orang. Ada sebuah kereta 'parking 'di depan tangga rumah itu.
Rumah di melaka kebiasannya ada tangga batu walaupun rumah itu diperbuat daripada kayu. Rumah akan dikelilingi dengan pagar. Mama fikir, tentu itu pemilik kedai tadi. Kedai makan memang betul-betul dibina di ruang halaman rumah. Jimat sewa kedai. Bijak perniaga ini menggunakan ruang yang sedia ada.
Ruang makan terbuka, bau masakan langsung tiada. Selesa. Pekerja pun ada pakaian khas dan nampak seragam. Mama perhatikan setiap sudut di kedai itu. Mama perhatikan pekerja itu buat kerja. Setiap kali pelanggan habis makan dan pulang, meja makan akan dilap dengan air. Bersih dan kemas. Masakan pun sedap. Memang puas hati. Harga pun berpatutan.
Bagi kalian yang ada tanah dan rumah milik sendiri, boleh manfaatkan ruang tersebut. Boleh bina kedai makan. Jika tidak minat buka kedai makan, boleh buka tempat cuci kereta, bengkel moto, kedai runcit, gerai 'burger' dan sebagainya.
Tetapi, perkara yang harus dipertimbangkan apabila rumah jenis teres atau flat. Mungkin agak sukar nak buka kedai kerana perlu melihat keadaan kejiranan. Jika rumah teres, mungkin boleh letak 'banner' di pagar rumah untuk promosikan produk atau perkhidmatan kita.
Kedai di rumah akan menjimatkan kos pentadbiran. Mungkin kalian boleh cuba idea ini. Di kawasan kejiranan mama ini rumah teres dan kebanyakkan akan kelihatan banner tergantung di pagar rumah. Ada bisnes 'bakery", jualan tudung dan produk kecantikkan.
Hanya beroperasi di rumah sepenuhnya. Mama pun ada idea itu, tapi kerana rumah sewa, terpaksa batalkan hasrat sementara nak tanya persetujuan tuan rumah. Kalian bolehlah bermula, usah bertangguh. Semoga cerita ini menjadi motivasi buat kalian. Salam bisnes.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...
-
Teks: Naimah Norman Sumber Gambar: Koleksi Peribadi Kenangan semasa mengajar di tadika. Menjadi guru di tadika Jaim IPD, Alor Gaj...
-
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah Melaka. Adam baru masuk belajar mengaji. Adam berusia 4 tahun lebih. S...
No comments:
Post a Comment