Thursday 23 October 2014

Buat Sampai Selesai



Buat sampai selesai, Buat sampai jadi. Buat sampai sudah.
Fokus, usaha, konsisten.

Itu resipi orang sukses.
(Puan Masayu Ahmad)

Peringatan melalui kata-kata di atas menjentik semangat diri saya yang kini kadangkala rasa putus usaha. Bergelar seorang suri rumah yang bekerja di rumah bukanlah suatu yang mudah. Memang nampak seperti santai-santai di rumah, menghadap komputer dan melayari laman sesawang. Semua itu tidak akan dapat menghasilkan apa-apa jika hati dan usaha tidak selari. 

Memang seronok bekerja di rumah kerana tidak terikat dengan jadual kerja yang padat, tidak tergesa-gesa ke tempat kerja, tidak perlu menguruskan anak yang akan dihantar dan diambil di pusat jagaan, mengurus urusan rumah tangga seperti memasak, mengemas dan sebagainya dengan tenang. 

Semua itu nikmat yang Allah berikan. Tidak seperti para suri lain yang kerja di luar rumah yang terpaksa berhadapan dengan cabaran mengurus anak, kerja dalam pada masa yang sama mengurus rumah tangga. Sudah tentu masa sangat terhad dan perlu dirancang sebaiknya. Suami adalah orang yang perlu sama-sama membantu dalam urusan rumah tangga. 

Bergelar suri rumah yang bekerja di rumah adalah impian saya sejak sebelum mendirikan rumah tangga lagi. Niat saya agar dapat menjaga anak saya sendiri, mendidik dan mnemberikan yang terbaik untuk anak saya.Namun, kadangkala hati ini mengatakan "alangkah baik kalau aku kerja makan gaji,  tiap-tiap bulan ada 'gaji tetap, dapat buat pinjaman beli kereta dan beli rumah". Hati ini betul-betul teruji. 

Dengan keperluan hidup yang semakin meningkat kadangkala hati saya berbolak balik tetapi saya akan bulatkan tekad, saya buat semua ini demi anak saya, Mohamad yang sekarang berusia 5 bulan setengah. Semakin banyak ragamnya, semakin mencuit hati dengan keletahnya dan semakin saya menyayanginya. Saya nak jaga anak saya sendiri, jadi saya perlu berusaha untuk menjana pendapatan yang tidak memerlukan saya menghantar anak saya ke pusat jagaan. Alhamdulillah saya nikmati saat terindah melihat perkembangan anak di depan mata saya tetapi cabarannya sangat besar.

Memang tidak dapat dinafikan cabaran terbesar apabila bekerja di rumah adalah ‘diri sendiri’. Apabila bekerja di rumah, segalanya kita uruskan sendiri dan tiada kengkangan masa. Jangka masa kita nak uruskan sesuatu kerja tu, kita tentukan sendiri. Hati harus kuat dan tidak putus usaha. Jika hati lemah segala jasad akan jadi lemah. Langkah dan tindakan akan terkesan sama. Itulah cabaran yang mesti dihadapi dengan bijak.


Jika urusan anak merupakan cabaran kedua. Kadangkala melayan kerenah anak sehingga semua kerja tidak selesai dan tertangguh. Namun saya tidak boleh menyalahkan anak kerana dia tidak faham lagi tentang urusan hidup ini dan bergantung sepenuhnya pada saya. Saya perlu kuatkan hati dan minda mesti positif. Menulis melalui blog adalah kerja utama saya. Blog adalah kedai onlines saya. Saya sangat teruja kerana apabila saya mula sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) saya mula mengenali potensi diri, bina keyakinan dan semangat untuk terus maju dalam bisnes. 

Saya minat seni dan saya dapat garap semula bakat saya tetapi kadangkala saya buntu untuk menulis blog. Apa yang saya lakukan ialah saya baca semula e-book Belajar Asas Blog. Ia membangkitkan kembali semangat saya menulis blog. Rujukan yang lengkap untuk penulis seperti saya. Bagaimana untuk menulis dan merangka penulisan dengan baik. Saya harap saya akan menjadi penulis yang cemerlang dan memberikan manfaat melalui penulisan. Saya akan terus belajar dan berusaha. 

Bagi anda yang minat menulis dan miliki impian untuk menjana pendapatan di rumah, sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah kerana di sini akan membantu anda melaksanakan impian anda itu. Jika anda berminat untuk mendapatkan e-book Belajar Asas Blog boleh hubungi saya melalui facebook Siti Naimah Norman atau whatsapp 0189069144. Salam motivasi, salam bisnes.

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...