Saturday, 11 October 2014

Seimbang Jasad dan Hati, Insyaallah Berkat.



Teks: Siti Naimah Norman
Foto: Koleksi Peribadi


Makanan Jasad Harus Sihat,

Makanan Hati Harus Juga Sihat,


Seimbang Dua-Dua, Insyaallah Berkat.


Menu oat, roti dan kurma antara makanan kegemaran saya. Ia mudah dan mengenyangkan. Almaklumlah suri rumah yang bekerja di rumah macam saya ni kadangkala nak masak pun berkejar-kejar. Urus rumah tangga, basuh baju, kemas rumah, sapu sampah, memasak dan nak uruskan si kecik Mohamad yang berusia 5 bulan. Baru seorang anak sudah berkejar-kejar, belum lagi ada ramai anak. Jadi saya perlu pandai seimbangkan dari segi makanan saya, tenaga dan masa untuk saya siapkan sesuatu urusan rumah tangga itu. Memang mula-mula agak tertekan sebab kadangkala tak boleh nak buat kerja rumah langsung bila Mohamad nak minta dimanjai. Kenalah saya dahulukan dia sebab dia tanggungjawab dan amanah saya.

Mana mungkin Allah kurniakan anak untuk menjadi beban pada saya. Semakin hari saya semakin menyayangi malah semakin mencintai si cilik, Mohamad. Saya mesti didik diri saya untuk terus jaga pemakanan yang sihat supaya segala zat dan vitamin dapat kepada dia. Kurma adalah kewajipan setiap hari. Makan 3 biji kurma pun dapat memberi tenaga sepanjang hari. Selain hati saya tenang kerana bila makan kurma mesti teringat ia makanan kegemaran Nabi kita. Kerinduan pada Nabi akan terasa dan mula muhasabah sejauh mana saya buktikan kecintaan saya pada Nabi Muhammad. Selawat dan salam atas Nabi. Moga saya menjadi salah seorang yang akan berjumpa Nabi di syurga Firdaus nanti. Amin.

Dalam menguruskan rumah tangga dan si cilik, terdetik juga saya untuk terus bekerja di rumah. Alhamdulillah seronok dengan nikmat yang Allah bagi kepada saya dapat bersama dengan anak sepanjang hari dan dapat sambut suami pulang dari kerja. Bersyukur saya terpilih sertai Akademi Bekerja Di Rumah. Bagi anda yang ingin maklumat lanjut mengenai Akademi ini boleh melawat di sini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran ABDR, boleh pm saya di sini:
https://www.facebook.com/messages/new
atau whatsapp 0189069144


Salam Kasih Sayang
Siti Naimah Norman
(Pengurus Online ABDR)


No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...