Teks :Siti Naimah Norman
Rujukan : Carian Goggle Dan Blog http://anysidayu.blogspot.com/2013/04/bisnes-dropship.html
Foto: Google
Apakah itu dropship?
Dropship adalah kaedah perniagaan yang mudah dan boleh dilakukan secara sambilan. Bagi mereka yang baru mula-mula berjinak dalam bisnes, dengan modal yang tidak seberapa adalah mustahil untuk anda membeli borong barang yang hendak dijual. Mungkin agak janggal bagi mereka yang belum mengetahuinya lagi apakah itu kaedah dropship. Dropship sebenarnya salah satu cabang perniagaan internet cara mudah. Bisnes dropship ini semakin mendapat perhatian ramai terutamanya pelajar universiti, suri rumah dan sesiapa sahaja yang mencari pendapatan sampingan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar untuk memulakannya.
Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes,mereka pasti mahu bisnes yang meminimakan modal. Dropship ini adalah salah satu cara bisnes tanpa modal! Jana keuntungan tanpa modal adalah sesuatu yang tidak mustahil jika kena pada caranya. Bagi yang berminat untuk memulakan perniagaan tanpa menegeluarkan modal yang besar dan tanpa perlu menyimpan stok anda boleh memilih untuk melakukan bisnes secara dropship.
Kaedah Dropship
Dropship adalah memerlukan anda mempromosi barang tersebut di laman sosial, laman-laman pengiklanan dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan. Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi pembekal produk tersebut dan pembekal itu sendiri yang akan menghantarkan untuk anda. Harga pula, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar kepada pembekal tersebut dengan harga agen. Menarik bukan?
Ia merupakan satu peluang bisnes yang mampu memberi pendapatan lumayan jika dilakukan dengan konsisten dan bersungguh-sungguh. Konsep bisnes dropship amat mudah dilakukan kerana anda tidak perlu membungkus dan menghantar barang tempahan kepada pelanggan. Hanya perlu mengambil tempahan pelanggan. Anda perlu mendapatkan semua maklumat tentang produk yang hendak dijual daripada pembekal. Sekiranya mendapat tempahan, anda hanya perlu bayar kepada pembekal mengikut harga agen yang telah diberikan. Keuntungan yang anda perolehi anda simpan. Kemudian, pembekal akan menguruskan proses membungkus dan menghantar produk kepada pembeli.
Bisnes dropship ini adalah yang paling mudah dilakukan kerana anda hanya perlu promosi, promosi dan terus promosi untuk mendapat jualan. Anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli dan menyimpan stok yang banyak. Malah risiko kerugian akibat stok tidak habis juga dapat dielakkan. Keuntungan yang diterima hasil jualan produk dropship adalah keuntungan bersih, kerana anda telah membayar kepada pembekal harga agen yang diberikan beserta caj pos jika ada.
Anda cari pembeli - dapat tempahan dan bayaran - bayar kepada pembekal produk - pembekal akan hantar produk kepada pelanggan - untung anda simpan (harga jualan - harga agen yang diberikan oleh pembekal).
Ringkasan proses jual beli dropship seperti foto ini :
No comments:
Post a Comment