Teks: Siti Naimah Norman
Foto: Koleksi Peribadi
Perkahwinan melahirkan ketenangan. Apabila bersatunya hati antara dua insan
bernama lelaki dan wanita melalui perkahwinan, maka telah tercatat bagi
keduanya pahala. Setiap perbuatan walaupun
semudah menghidangkan air kepada suami telah tercatat pahala bagi isteri
yang melakukannya. Perkahwinan sepatutnya melahirkan ketenangan hati. Jika
sebaliknya hati semakin tidak tenteram, perlu periksa semula hati itu. Hati itu
milik Alllah dan ketenangan hati itu hanya dari Allah. Mana mungkin ketenangan
akan datang jika hati jauh dari Allah.
“Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (Ar-ra'd:
28)
Tenang yang bagaimana kita inginkan? Tenang apabila masalah melanda, tenang apabila mesti
mengalah, tenang apabila harus berkorban dan tenang dalam apa sahaja perbuatan
sepanjang perkahwinan. Perkahwinan membawa kepada ketenangan hakiki iaitu
syurga. Kemuncak segala ketenangan. Ketika sebelum berkahwin ‘tagline’ yang
selau digunakan ialah’ bercinta hingga ke syurga’. Tetapi selepas berkahwin ‘Bercinta
entah ke mana’. Jelas sekali fokus rumah tangga itu tidak terarah kepada
mencari syurga. Syurga hanya dengan redha Allah. Redha Allah hanya pada manusia
yang redha padanya. Manusia yang redha dalam melakukan ketaatan kepadanya dan
melaksanakan amanahnya dengan bersungguh-sungguh. Allah suka hambanya bersungguh-sungguh dalam
melakukan sesuatu. Isteri atau suami itu amanah yang mesti dijaga sebaiknya.
Tenanglah apabila mesti mendahulukan kepentingan pasangan
berbanding kepentingan diri sendiri. Seorang suami yang bekerja mencari nafkah.
Perginya pagi pulangnya petang dan adalakanya sampai malam baru sampai ke
rumah. Penat terasa dan mudah sahaja emosi terganggu. Kadangkala pulang ke
rumah, isteri pula minta perhatian. Isteri mahu berbual panjang bercerita apa
yang berlaku seharian, tetapi si suami pula hanya nampakkan bantal dek
mengantuk dan kepenatan. Isteri pun merajuk melihat suami begitu. Isteri
bersangka suami tidak pandai mengambil hatinya. Suami pentingkan diri tidak
mahu layan isteri. Ketika itu apa yang dilakukan sang isteri? Merajuk masuk
bilik atau mendahulukan suami yang penat tadi. Apa pula tindakkan sepatutnya si
suami? Teruskan mendengar cerita si isteri atau teruskan tidur. Ketika itu kita
diuji dan ketika itulah kita harus tenang dalam bertindak.
Jika si suami mengatakan dengan lembut ‘Sayang, abang mengantuk ni, kita sambung cerita besok boleh? Abang akan dengar semua cerita sayang nanti.” Mesti si isteri akan bagi tindak balas yang positif berbanding jika suami berkata “Awak ni boleh tak jangan membebel, saya ni dah la penat balik kerja, seharian kerja awak tak rasa, saya nak tidur jangan ganggu saya.” Tersentap hati isteri mendengarnya. Si isteri pula harus cuba memahami keadaan suami yang penat bekerja. Kalau hendak merajuk jangan lama-lama. Merajuk sekejap tidak mengapa supaya suami ambil penting hal hati isteri. Supaya suami tahu yang isterinya minta perhatian.

Melayan suami atau isteri haruslah bersungguh-sungguh. Bukan
hanya sebelum kahwin atau di awal perkahwinan mesti bersungguh-sungguh tetapi
sepanjang perkahwinan mesti bersungguh-sungguh. Jika sebelum kahwin boleh jadi
pendengar yang setia, mengapa selepas kahwin tidak mampu menjadi pendengar yang
baik. Apabila isteri bercerita atau meluahkan perasaan dirasakan seperti
perkara yang tidak penting. Hakikatnya seorang wanita itu
fitrahnya sangat suka didengari
dan diberi perhatian. Melihat teladan Rasulullah sebagai seorang pendengar yang
baik apabila Aisyah, isteri baginda bercerita atau meluahkan perasaan, baginda
setia mendengar dengan baik. Apabila Aisyah merajuk, baginda setia memujuk
serta mencuit hati isteri baginda sehingga Aisyah ceria kembali.
Ikhlaslah kerana ia sumber ketenangan dalam perkahwinan. Apabila ada ikhlas segala perkara dirasakan bukan suatu bebanan. Perkahwinan yang tidak melahirkan ketenangan barangkali terdapat padanya kemaksiatan terhadapa Allah. Bilamana dalam sesebuah perkahwinan itu jauh dari Allah, solat tidak ditunaikan dengan sebaiknya, tidak mengamalkan dan mencontohi akhlak nabi dalam perkahwinan, maka perkahwinan itu akan melahirkan keresahan. Setiap hari yang dilalui dalam perkahwinan dirasakan semakin menyempitkan hati kerana tiada ketenangan. Kembalilah kepada Al quran dan As sunnah. Insyaallah, perkahwinan yang melahirkan ketenangan ada barakah padanya.

No comments:
Post a Comment