Saturday, 25 October 2014

Buat Sesuatu Biar Sampai Jadi

Teks: Siti Naimah Bt Norman

Memasang angan-angan adalah lumrah dalam kehidupan termasuklah diri saya. Berangan yang disertai dengan usaha akan mencipta impian. Tetapi untuk bertahan meneruskan pemburuan impian itu kadangkala kita tersungkur. "Saya berangan nak miliki kereta sebelum umur 30tahun".  Hari-hari saya tengok kereta di jalan raya. Kalau keluar rumah saya akan 'usha' kereta orang. Rasa-rasa boleh jadi impian ke angan-angan saya itu?

Sudah tentu tidak kerana tidak disertai dengan usaha. Usaha perlulah bersungguh-sungguh. Belum sampai matlamat yang kita ingin capai itu sudah ada naluri hati ' boleh ke nak capai impian ini, ' nak beralih kepada impian lain la', 'nanti kejap' dan pelbagai kata-kata penangguhan. Kadangkala kita mudah terleka dengan angan-angan. Sepatutnya kita memasang impian dan menulis impian itu. Kalau boleh lukiskan impian itu. Saya percaya cara itu berkesan kerana ia lebih terpatri dalam minda kita. Saya pernah memasang impian untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM pada usia 18 tahun, Memiliki ijazah pada usia 23 tahun, bekerja pada usia 24 tahun dan berkahwin pada usia 25 tahun. Saya lukiskan impian saya itu. Alhamdulillah Allah memakbulkan impian saya. Lukisan di bawah ini saya lukis pada 21 April 2006. Sewaktu menunggu keputusan SPM. Siap ada tandatangan lagi tu.



Sekarang umur saya 26 tahun, saya memiliki suami dan seorang anak. Rasanya banyak lagi impian yang saya perlu lukiskan. Jika tidak ia hanya menjadi angan-angan yang berlegar di minda. Memasang impian itu menyeronokkan dan minda mesti sentiasa optimis. Bukan mudah untuk mencapai sesuatu impian. Kadangkala lain yang kita impikan, lain pula yang kita dapat. Itu namanya takdir ketentuan. Tetapi kita mesti berusaha baru kita boleh katakan ianya takdir bukan berserah semata-mata. Ia adalah konsep tawakkal sebenar dalam islam. Berusaha sedaya upaya barulah berserah kepada Allah. Tiada urusan yang lebih baik daripada urusan Allah. Perancangan Allah itu yang terbaik.

Saya pernah mengimpikan untuk bergiat aktif dalam bisnes. Ia hanya angan-angan sewaktu saya di universiti. Saya pernah belajar subjek bisnes 'Entrepreneurship'. Belajar dan merancang membuka sesuatu bisnes. Masa itu saya dan kumpulan saya buat bisnes printing baju. Tapi itu hanya perancangan atas kertas untuk pembentangan. Secara realitinya bisnes itu bukan sahaja atas kertas, ia perlu usaha yang berterusan dan tidak putus asa. 

Alhamdulillah sekarang mula belajar dan mengajak orang lain untuk bisnes. Bisnes kecil-kecilan sahaja. Mulakan dari yang kecil baru kejar yang besar. Ini tips untuk memotivasikan anda mencapi impian. Lukiskan impian anda. Insyaalllah ia akan menjadi doa. Moga tips ini bermakna. Jom mula bisnes. Bagi anda yang berminat untuk sertai ABDR. Ada beberapa kelas bisnes ditawarkan. Fahami setiap kelas dan hubungi saya untuk mendaftar, whatsapp 0189069144.

Antara ketegori kelas;


Salam Bisnes
Pengurus Online ABDR

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...