Teks: Siti Naimah Norman
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi
Sumber Gambar: Koleksi Peribadi
Kasih sayang adalah sesuatu yang bersifat subjektif. Mana mungkin
untuk menulis sesuatu yang subjektif. Tidak boleh dipegang, dilihat dan hanya
boleh dirasa melalui hati. Kita selalu dengar kata-kata ini “ Jika sayang,
luahkan”. Luahkan bermakna sampaikan dengan kata-kata. ‘I Love U’ sesuatu yang
sukar hendak diluahkan apatah lagi bagi seorang lelaki. Mungkin juga ada lelaki
yang tidak sukar meluahkannya. Bagi seorang lelaki, mengapa hendak luahkan
dengan kata-kata, bukankah lebih mudah kita praktikkalkan dalam bentuk
perbuatan. Jika sayang, jaga isteri dengan baik, hadiahkan bunga atau apa-apa
yang isteri sukai. Itu sudah memadai menunjukkan yang dia sangat menyayangi
isteri. Begitu juga bagi seorang isteri, sediakan keperluan suami, makanan, pakaian dan menjaga anak dengan
sebaiknya. Itu membuatkan suami rasa isteri menghargainya.
Kadangkala ada juga jenis isteri yang suka memaksa suaminya
meluahkan kasih sayang. “ Suami saya tidak pernah sebut ‘I Love U’, saya saje
yang beria-ia. “Masa awal-awal kawen saje sebut, bila dah kawen dua tiga tahun,
takde dah ‘love-love’ ni”. Bila saya cakap pada suami; “saya sayang abang”,
suami saya diam saje. Rungutan kebanyakkan isteri.
Lelaki memang begitu. Kita sebagai isteri perlu memahami
fitrah semulajadi lelaki. Kasih sayang
susah hendak diluahkan dalam bentuk kata-kata. Namun tidak dinafikan ada
juga lelaki yang boleh meluahkan dengan kata-kata. Sifat romantik itu adalah
sunnah kerana ia sifat Nabi Muhammad. Seorang isteri bertanya; “Bagaimana hendak
romantik jika suami tidak romantik”. Boleh wahai isteri. Romantik bukan hanya
dengan kata-kata tetapi perlu dengan perbuatan. Bukan dengan bercakap sopan
lembut dengan suami. Bukan semata-mata perbuatan dan kata-kata. Tetapi melalui
tulisan. Bagaimana? “Takkan nak bagi surat cinta pula tulis surat cinta. Dah
duduk satu rumah, takkan nak berutus surat pula ye”. Seperti zaman dahulu pula
berutus surat cinta. Teknologikan ada. Sms? Boleh juga. Tapi sudah biasa buat.
Bagaimana?
Di sini saya bagi contoh mudah. Ketika menyediakan sarapan
atau menu tengahari, hiaskan hidangan dengan tulisan kasih sayang. Selain
daripada baca, doa surah Thoha ayat 1 hingga 5, tuliskan sesuatu yang melambangkan
perasaan kasih dan sayang seperti gambar di bawah.
Percayalah gelombang perasaan dari si isteri tadi akan
terpantul kepada makanan yang dihidangkan kepada suami tadi. Cubalah jika tidak
percaya. Buat dengan penuh perasaan dan ikhlas. Kalau makanan tak sedap pun
akan jadi sedap tau. Sebagai isteri, jika inginkan suami romantik, kita yang harus
memulakan dahulu. Insyaallah. Anda akan
melihat perubahan. Sekian perkongsian. J
No comments:
Post a Comment