Kerjaya: Suri Rumah Bekerjaya
Pejabat: Rumahku Syurgaku
Menjadi suri rumah harus produktif. Walaupun duduk rumah tetapi boleh menghasilkan sesuatu. Bukan menghasilkan lemak di badan sahaja tau. Berhasil menambah pendapatan. Tidak dapat dinafikan duduk di rumah memang seronok. Rumahku syurgaku. Kita bebas melakukan apa sahaja. Tiada kengkangan masa, tiada desakan untuk menyiapkan sesuatu urusan rumah tangga.
Lulusan ijazah tetapi duduk di rumah? Pelikkah? Zaman sekarang sudah tidak janggal ramai graduan diploma, ijazah duduk di rumah. Selepas berkahwin, ada anak dan duduk di rumah. Ia buka suatu yang janggal. Ijazah bukan jaminan kepada pekerjaan.
Tohmahan dan kritikan orang lain terhadap suri rumah yang duduk di rumah tetapi berkelayakkan ijazah?
Zaman ibu bapa kita 60an atau 80an memang tidak menjadi kehairanan jika wanita menjadi suri rumah. Tetapi pada zaman kini, ia ibarat suatu kepelikkan apatah lagi jika wanita itu ada ijazah.
Rumah adalah pejabat bagi suri rumah. Kerja suri rumah daripada urusan; memasak, membasuh, menyapu, lipat kain, lap lantai, lap meja dan menguruskan anak. Anak pula bayak ragamnya. Bila kita hendak memasak, waktu itulah dia nak bermanja. Nak didokong selalu. Kadangkala pening kita nak selesaikan kerja. Kadangkala kerja tak jalan langsung. Tergendala kerana terpaksa dahulukan anak. Bukan kerja yang mudah.
Pekembangan internet telah memberikan impak yang besar kepada pekembangan bisnes. Bisnes online adalah cara yang paling sesuai untuk menjana pendapatan terutama bagi suri rumah. Bekerja tetapi dalam masa yang sama tidak meninggalkan urusan rumah, urusan anak dan suami. Ada masa berkualiti bersama anak dan suami. Gunakan masa yang ada untuk memperolehi pendapatan, walaupun hanya duduk di rumah.
Cukupkah kalau suami sahaja yang bekerja? Soal cukup atau tidak itu bukan keputusan kita, ia keputusan Allah. Allah pemberi rezeki. "Kita mesti berusaha, baru Allah bagi rezeki". Benar! Kita memang perlu berusaha.
Persoalannya cara bagaimana untuk berusaha?.
Persoalannya cara bagaimana untuk berusaha?.
Jika kita memilih bekerja di luar rumah, kita ada komitment di luar rumah dan komitment dengan bos di pejabat. Kita tidak boleh persoal kenapa kita perlu ikut arahan bos kita di pejabat. Dia tuan kita, jadi kita perlu patuh. Sesuatu yang kita perlu korbankan iaitu masa bersama anak. Tidak dapat dinafikan ramai suri rumah bekerjaya yang berjaya menguruskan masa berkualiti dengan anak dan suami dalam pada masa yang sama berjaya mengurus urusan rumah tangga. Saya sangat kagum kerana saya belum capai tahap itu. Saya teringin ingin bekerja dan ada pendapatan bulanan yang tetap dalam pada masa yang sama urusan keluarga tidak diabaikan.
Mengapa saya memilih kerjaya di rumah?
"Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend
perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu."
perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu."
(Masayu Ahmad, penulis Ebook Super wahm,super mom)
Tidak bosankah menjadi suri rumah?
Memang agak bosan kerana saya pernah duduk di rumah dua bulan selepas berpindah ke Melaka. Sebelum kahwin bekerja, jadi bila duduk rumah agak janggal. Memang seronok
pada mulanya. Saya mengurus kerja rumah tangga, masak, mengemas dan sebagainya. Selepas urusan selesai, kadangkala saya tidak tahu nak buat apa. Duduk sahaja tonton televisyen kadangkala sampai tertidur. Bosan juga pada mulanya. Dalam pada masa yang sama saya memohon untuk mengajar. Permohonan itu saya buat di Jabatan Agama Islam Melaka dan Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah. Saya tidak pernah terfikir untuk serius dalam perniagaan. Angan-angan untuk buka bisnes memang ada, tetapi ia tidak mencambah menjadi impian.Hanya angan-angan kosong yang berlegar di minda.
Alhamdulillah dua-dua permohonan saya diterima tetapi kerana tawaran mengajar dari Jabatan Agama Islam Melaka sampai dulu, saya terima tawaran itu dulu. Sebelum dapat tawaran itu memang kerja saya di rumah sahaja. Menunggu jawapan permohonan kerja saya. Jika bosan saya pergi naik motosikal ke pekan Alor Gajah. Kurang sikit rasa bosan.
Semasa kandungan mencecah 6 bulan, hadir minat saya untuk membuat krafttangan butang baju daripada felt. Saya berjaya juga jual dalam 50 butang baju comel. Sehinggalah kandungan sarat, saya sudah tidak larat nak teruskan projek. Ia tergendala hingga sekarang.
Semasa kandungan mencecah 6 bulan, hadir minat saya untuk membuat krafttangan butang baju daripada felt. Saya berjaya juga jual dalam 50 butang baju comel. Sehinggalah kandungan sarat, saya sudah tidak larat nak teruskan projek. Ia tergendala hingga sekarang.
Sekarang ini, selepas melahirkan anak, Mohamad sudah masuk 8 bulan. Selama 8 bulan juga saya bergelar suri rumah yang bekerja di rumah. Alhamdulillah saya gembira dengan kerjaya saya. Bagi anda yang ingin memulakan kerjaya di rumah tetapi tidak tahu bagaimana, anda boleh hubungi saya di naimahnorman@gmail.com atau whatsapp saya 0189069144. Insyaallah saya akan bantu anda.
Miliki Sekarang!
E-Book Super wahm, super mom.
RM25
No comments:
Post a Comment