Teks: Naimah Norman
Foto: www.google.com
Perbualan 3 sahabat;
"Weh! korang rugi tak tengok tayangan tadi, 'syok giler beb', masyuk…dah la free…tak payah susah-susah beratur beli tiket wayang macam kat panggung wayang.” Seorang pemuda bernama Zaki ( bukan nama sebenar) dengan penuh bersemangat bercerita tentang tayangan yang dia saksikan.
“Biar betul zaki? Ade ke tayangan free? Sekarang semua berbayar." kata salah seorang kawan dia. Bad (nama samaran).
"Ish, betul la, aku nk tipu buat apa, tayangan ni memang tidak berbayar, 'free of charge'." Zaki mempertahankan dirinya.
"Kalau camtu aku pun nk 'ushah' gak". Sampuk Bob (Bukan nama sebenar).
Zaki pun bersama dengan Bob menuju ke tempat tayangan yang dikatakan Zaki tadi.
“Kau tipu aku ar”. Marah bob pada Zaki. Sebaik saja Zaki membawanya ke tempat yang dikatakan ada tayangan umum. Dia melihat hanya mereka berdua berdiri di situ.
"kejap la, ha tu" kata zaki
.
“Mana? Tak ada pun, orang ada la, kau ni, jangan buat aku angin!” herdik bob. Dia rasa bagai diperbodohkan zaki. Dia begitu bersemangat nak tonton tayangan, bertukar jadi naik angin dengan sikap zaki.
“Eh, kan aku dah tunjuk tu, yang tu, tengok betul-betul” kata Zaki.
"Tu pempuan ada la, bukan tayangan la bodoh!" Marah Bob.
Kalau anda nak tahu, tayangan yang dimaksudkan Zaki tadi adalah perempuan yang lalu di hadapan mereka. “Pelik je, pe kaitan tayangan dengan perempuan”. Tidak masuk akal. Sebenarnya, ia sangat berkait. Perempuan dan tayangan, tayangan dan perempuan. Seandainya anda seorang wanita yang berakal pasti anda tidak akan biarkan diri anda menjadi tayangan. 'Free' pula tu, senang anda mempamerkan bentuk tubuh anda yang sangat berharga. Pakai baju tetapi tetap bertelanjang, tiada beza.
Macam mana yang dikatakan berpakaian tapi bertelanjang? Ha, kita fahami sabda Rasulullah ini;
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempinyai cemeti – cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tapi bertelanjang, berlenggang lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh “
( Riwayat Muslim)
Rasulullah kata yang golongan wanita yang pakai baju tapi tetap bertelanjang ini “Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Subhanallah!. Cium bau syurga pun tidak dapat, apatah lagi nak melangkah masuk. Jangan bermimpilah!. Setiap manusia inginkan syurga, tidak kira agama apa sekalipun pun. Bayangan syurga itu sangat indah, tidak terkata keindahannya, tetapi jika anda adalah antara golongan wanita seperti yang nabi ceritakan tadi, mana mungkin anda dapat memasukinya malah menciumnya jauh sekali.
“hey ketinggalan la, takkan nak berfesyen pun tak boleh kot? Kolot betul". Sesetengah orang memberikan hujah.
Wahai wanita! Ketahuilah sesungguhnya islam itu agama yang menyeluruh dari segala aspek termasuk la bab berfesyen ini. Pakai la apa pun, asalkan anda ikut sebagaimana yang disyariatkan islam. Syarat tetap syarat. Kalau anda pakai 'handphone' pun anda sangat berjaga –jaga, jangan sampai terkena air sebab 'handphone' murah. Siap bersarung 'housing' lagi tu. Walau pun murah tak apa, asal cantik, tapi bab berpakaian anda tak jaga langsung. Asal pakai, janji cantik, sama ada tutup aurat atau tidak itu belakang kira. Apalah salahnya pakai baju yang sopan, longgar dan tidak membentuk badan, bukankah itu lebih menyedapkan mata memandang.
"Jadilah seperti hiasan yang berada dalam kaca yang dibaluti kain baldu yang sangat terjaga kualitinya, jangan jadi seperti hiasan yang cantik tapi berhabuk dan penuh dengan debu nafsu”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...
-
Teks: Naimah Norman Sumber Gambar: Koleksi Peribadi Kenangan semasa mengajar di tadika. Menjadi guru di tadika Jaim IPD, Alor Gaj...
-
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah Melaka. Adam baru masuk belajar mengaji. Adam berusia 4 tahun lebih. S...
No comments:
Post a Comment