Sunday, 26 October 2014

Hijrah Rasulullah Yang Praktikal Pada Zaman Ini



Teks: Siti Naimah Norman


Erti hijrah bermakna berpindah. Pada Zaman Rasulullah hijrah dikatakan berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Penghijrahan Rasulullah dan umat islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Untuk mengembangkan lagi islam. Hijrah ketika itu merupakan suatu perpaduan dan penyatuan kaum Muhajirin dan Aansar. Rasulullah disambut dengan penuh kegembiraan setibanya di Madinah. 

Pada zaman kini, apa sebenarnya erti hijrah. Secara praktikalnya ramai akan setuju mengatakan hijrah bererti tukar cara fikiran, tindakan dan hati. Jika dahulunya kita orang yang jahil agama, berhijrah kepada orang yang mencintai agama, Mendalami agama dan melaksanakan agama dengan sebenar-benarnya. Ramai orang ada agama tetapi tidak melaksanakan dengan sebetulnya. Perkara paling asas dalam agama yang akan menjadi perkara pertama yang akan disoal di akhirat besok ialah solat. Bagaimana kita melaksanakan solat bukan adakah kita solat. Memang kita solat tetapi adakah solat kita itu dilaksanakan. Solat tetapi di akhir waktu, solat tetapi bersendirian. Apa penilaian pada solat kita. Kita perlu tanya diri kita. Hijrah perubahan diri, sikap dan cara berfikir perlu dilaksanakan. Azam dan berusaha mencapai azam tersebut. Usaha tanpa jemu. Insyaallah. Di sertai juga dengan doa dan menjaga tuntutan agama barulah usaha kita diberkati Allah.

Sebenarnya hijrah juga praktikal untuk kita fahami sebagai penghijrahan dari suatu tempat ke suatu tempat. Mengapa ianya praktikal? Kita ambil contoh bidang pekerjaan. Pengalaman bekerja saya sebagai guru hampir setahun lebih tetapi dalam setahun itu ada tiga sekolah saya mengajar. Jika pergi temuduga semestinya sayalah orang pertama yang akan ditolak kerana pengalaman kerja kurang memuaskan. Saya bekerja dalam ketegori kerja kontrak. Kontrak tamat selepas tiga bulan. Selepas itu perlu memikirkan hendak sambung kontrak atau cari kerja lain. Memang tiada pilihan waktu itu. Pekerjaan sangat terhad dengan kos sara hidup di bandar Shah Alam. Walaupun begitu hati saya gembira. Walaupun saya tidak memiliki gaji yang besar tetapi saya memiliki harta bernilai iaitu ilmu. Di bandar Shah Alam yang penuh dengan majlis ilmu. 

Ok, sekarang, bukan kita hendak cerita pengalaman kerja saya tetapi fokus kepada bidang kerjaya. Jika kita bekerja di suatu tempat dan tempat itu menawarkan gaji yang tinggi. Gaji yang sesuai dengan kelayakkan kita. Contohnya tangga gaji bagi pemegang ijazah ialah RM2000 ke atas. Kita pun menerima tawaran tersebut, tetapi setelah seminggu bekerja, kita dapati semua pekerja termasuklah bos tidak mendirikan solat. Hanya kita yang solat dan tempat solat pun tidak disediakan di pejabat kita bekerja itu. Kita yang perlu cari di luar pejabat. Mungkin jika kita ada iman yang kuat, kita akan bertahan dan bersabar melihat sahaja kemungkaran di depan mata. Semakin lama kita bekerja semakin banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Bos minta kerja disiapkan secepat mungkin. Jika kerja pagi, perlu pastikan ianya sudah disiapkan sebelum tengahari. Bagai 'lipas kudung' kita menyiapkan. Sampai waktu zohor, ada sedikit lagi kerja yang perlu disiapkan. Bos sudah membebel minta kerja dihantar. Bagaimana tindakan anda ketika itu?

Tentu kita akan pulun menyiapkan kerja tu bukan? Itulah ujian. Semakin hari semakin banyak kerja perlu disiapkan. Kita semakin kerap lewat solat dan kadangkala solat seperti 'ayam patuk tanah'. Semakin hari dengan suasana tempat kerja yang tidak ada ciri-ciri agama sedangkan bos beragama islam dam kebanyakkan pekerja beragama islam. Ketika itu, hijrah tempat perlu kita praktikalkan. Itu baru kita lihat satu contoh, banyak lagi contoh lain yang mana manusia itu tidak mahu berpindah sedangkan keadaan sekeliling tidak membantu untuk mereka menjadi lebih baik malah mendorong ke arah kemungkaran. Sebab itu dikatakan konsep hijrah pada zaman Rasulullah masih praktikal pada zaman kita. Zaman yang manusia sibuk mengejar harta dan mengumpul wang. Jika masih berada di tempat lama, kita masih kekal jahil dan semakin leka dari agama, sebaiknya hijrahlah ke tempat lain. Insyaallah ia akan membuka kepada rezeki yang lain. Rezeki yang tidak disangka-sangka. 




No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...