Thursday, 2 October 2014

Setiap Manusia Itu Pendidik


Teks: Siti Naimah Norman


Siapakah pendidik? Adakah mereka yang bergelar guru, tutor atau pensyarah?

Sebenarnya setiap daripada kita adalah pendidik. Saya seorang ibu kepada seorang anak. Sayalah guru pertama kepada anak saya. Walaupun sudah tidak lagi menyandang jawatan sebagai guru, tetapi saya wajib mendidik anak saya sebaiknya sebelum tugas mendidik itu diberikan kepada guru di sekolah dan pensyarah di universiti.

Amanah terbesar adalah menjadi pendidik kepada diri sendiri. Kadangkala, sebagai ibu bapa,  kegagalan mendidik diri sendiri menjadi sebab mengapa anak yang kita jaga dengan penuh perhatian tidak mahu mendengar nasihat kita dan tidak mengikut arahan kita. Hakikatnya, kita telah separuh nyawa menghabiskan tenaga dan masa dalam menyediakan didikan yang terbaik buat mereka. Tetapi hasilnya mengecewakan.

Mana mungkin kita mampu memberi jika kita tidak memiliki. Kita ingin beri didikan agama yang terbaik untuk anak kita namun, diri kita sendiri tidak dilengkapi dengan agama. Kita mahu anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah tetapi kita sendiri dengan ibu bapa tidak dijaga hubungan. Bertanya khabar jauh sekali. Merenung kembali kesilapan diri sendiri adalah lebih baik daripada mencari-cari kesilapan orang lain.

Mendidik itu perlukan kesabaran kerana proses mendidik itu suatu proses yang panjang dan berterusan. Di dalam islam menyarankan anak itu sebaiknya dididik sejak di dalam rahim lagi. Istimewanya anak kecil ini kerana dia bersih. Antara tips kepada ibu bapa yang ingin memiliki anak yang mudah diuruskan, boleh amalkan beberapa surah di bawah:

1. Al Fatihah.
2. Ayaatul Qursi
3. Surah Thoha 1-5
4. Surah Al Insyirah
5. Al Furqan:74 (Doa Nabi zakaria)

Setiap hari adalah proses mendidik jiwa dan diri kita ke arah yang lebih baik. Ke arah yang Allah inginkan bukan yang manusia inginkan, Jika diikuti keinginan manusia, segalanya tidak sempurna dan serba serbi tidak cukup. Kehidupan yang Allah bagi sesuai dengan kemampuan hambanya. Ubah kehidupan dengan ilmu berlandaskan Al Quran dan As sunnah. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka tidak mengubahnya sendiri.

إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

(Ar-Ra'd ayat 11)

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
 Maka apakah lagi alasan untuk kita sebagai manusia mendidik jiwa dan mengubah kehidupan ke arah lebih baik?

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...