Saya hidup dalam keluaga yang sederhana. Abah mengambil upah membawa jentera berat dan umi bekerja sebagai pembantu di kantin sekolah. Masa itu saya tingkatan 3, umi selalu buat kuih untuk dijual di kantin. Antara kuih yang umi buat kuih karipap sardin dan pulut sambal. Saya selalu sebelum pergi sekolah selepas solat subuh saya akan bantu umi bungkus kuih. seronok sangat dapat tolong umi sebab umi bagi upah dalam Rm30 ringgit. sebuan. Besar nilai wang pada saya waktu tu. Dalam pada masa yang sama, abah berniaga di pasar pagi di sekinchan. Abah berniaga buah seperti pisang, nangka dan kelapa pandan. Abah membeli dengan pembekal dan menjualnya semula di pasar. Umi juga ada mengambil tempahan biskut raya bila hari raya menjelma. Biskut sampan adalah yang paling terkenal sekali. Saya dan adik yang selalu menjadi pembantu. Kami sekeluarga boleh dikatakan setiap kali hari raya tidak pernah membeli kuih raya. Semua buat sendiri hasil air tangan umi.
Saya ingat lagi, setiap pagi saya akan tolong umi bungkus kuih sambil membaca buku. Sebelah kanan dulang kuih dan sebelah kiri buku nota. Malam sebelumnya umi akan masak kuih atau uli adunan sampai siap dan besok harinya baru bungkus atau goreng. Mengulangkaji pelajaran sambil membuat kuih sangat seronok tambahan pula waktu subuh semasa otak tengah segar menyerap maklumat seperti span menyerap air. Siap membungkus kuih, saya akan bersiap untuk ke sekolah. Saya tumpang membonceng motor dengan sahabat saya masa itu yang bernama Siti Nurul Fatihah. Dialah sahabat karib saya masa itu. Sampai sekarang kami masih berhubung walaupun sudah ada keluarga sendiri. Apabila saya telah pindah ke sekolah asrama penuh. Umi tidak lagi bekerja di kantin, tetapi bisnes biskut raya tetap diteruskan. Bila balik cuti hari raya, saya akan tolong umi siapkan tempahan biskut raya. Kadangkala sampai tengah malam menyiapkan tempahan. Biskut raya punya pasal. Dapatlah upah RM100. Seronok rasa dapat duit raya.
Semasa menyiapkan tempahan biskut raya itu, saya adalah berangan-angan suatu hari nanti saya nak berniaga biskut raya. Nak kembangkan biskut warisan ummi tetapi ketika itu masih mentah, tiada ilmu dan sokongan, impian saya berkubur begitu sahaja. Sekarang ini, apabila musim perayaan, ummi masih mengambil tempahan biskut raya tetapi tidak banyak seperti dulu. Adik pun sudah menyambung pelajaran dan terhad masa untuk membantu ummi. Saya pula sudah berhijrah ke melaka. Tiada siapa hendak membantu. Cuma kak long yang akan membantu apa yang sempat memandangkan dia ada anak kecil anak buah saya, Arif berusia 3 tahun.
Sekarang ni apabila saya bersendirian saya terkenangkan kenangan semasa dulu, saya rasa bersyukur kerana diberi peluang terlibat dalam bisnes tanpa saya sedari. Memang kadangkala semasa membantu ummi membuat kuih itu saya ada juga merungut kepenatan. Memang penat tak tahu nak di ceritakan. Jari terkena pisau la dan terkena dulang panas. Semua itu kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Lagi satu kenangan yang paling saya ingat ialah biskut hangit. Terlalu leka menekap adunan biskut,lupa nak tengok biskut yang dibakar dalam oven. Hikmahnya, apabila saya lihat kehidupan saya hari ini, terlibat dalam bisnes walaupun bisnes online, ia adalah nikmat disebalik pengalaman saya dahulu. siapa sangka saya akan boleh berniaga. Membina keyakinan untuk meyakinkan orang lain dengan produk saya. Alhamdulillah pengalaman yang manis.
Apabila saya sertai ABDR, saya lebih dapt melihat bisnes itu secara meluas. Bisnes bukan untuk kaya semata-mata tetapi bisnes adalah medium yang akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Bila bercakap mengenai bisnes mesti orang akan kata ' businesswomen'? kaya lah kau ye". Apa yang kaya bukan duit, tetapi hati. Bukan mudah mendaki tangga kejayaan bisnes. Kadangkala sampai separuh jalan, kita akan mengalah kerana tidak kuat hadapi cabaran dalam bisnes. Kejayaan itu sebuah perjalanan dan perjalanan itu penuh dengan ujian. Harapan saya agar bisnes yang saya ceburi ini dapat mendekatkan diri saya dengan tuhan, merapatkan silaturrahim saya dengan manusia dan menambah nilai dalam kehidupan saya. Menjadi usahawan ini takdir saya dan saya yang memilih takdir ini.
Bagi anda yang ingin mengembangkan bisnes yang sedia ada atau ingin mulakan bisnes tetapi tidak tahu, anda boleh sertai kami ABDR. Daftar dan anda akan diserap ke dalam kelas online dan boleh terus mula belajar latih tubi RM100 sehari, belajar dapatkan semula modal dan belajar promosi produk. Pendaftaran adalah setiap hari dan ahli menjelang akhir tahun ini dijangkakan akan menghampiri 1000 ahli. Anda perlu fahami ketegori setiap kelas yang ditawarkan dan mendaftar apabila sudah bersedia.
Antara kelas yang ditawarkan ABDR adalah:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.
6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.
Untuk pendaftaran mana-mana kelas pilihan, hubungi saya, selaku pengurus online bertugas :
Email : naimahnorman@gmail.com
sms / wtsapp :0189069144
Email : naimahnorman@gmail.com
sms / wtsapp :0189069144
No comments:
Post a Comment