Teks: Siti Naimah Norman
Foto: www.google.com
Menulis adalah antara minat saya. Ketika zaman belajar di Uitm lagi saya sudah ada blog. Tajuk blog saya Pencarian Cinta Abadi. Saya minat menulis dan berkongsi terutama berkaitan tarbiyah dan keagamaan. Ia sebagai medium untuk dakwah pada orang lain dan juga untuk diri saya sendiri. Tetapi kelemahan saya ketika itu saya tidak betul-betul konsisten menulis dan akhirnya blog itu 'bersarang ' dan terbiar begitu sahaja. Penulis yang menulis bukanlah semestinya berkelulusan bidang penulisan atau master dalam bahasa melayu. Sesiapa sahaja boleh menulis, Asalkan perkara yang ditulis itu perkara yang baik dan memberi manfaat kepada orang lain.
Untuk menulis kita perlukan idea dan ilham. Kerana menulis perlu dari hati baru apa yang kita tulis akan sampai ke hati mereka yang membaca. Untuk mendapat idea dan ilham perlukan ketenangan. Jadi perlu bersihkan hati dan niat menulis kerana Allah semata-mata barulah ketenangan itu akan datang. Mereka yang menulis bukan kerana mereka orang yang terbaik. Menulis itu sebagai medium untuk menyampaikan kebaikan, nasihat, hasrat hati dan perasaan gembira mahupun perasaan sedih. Mereka yang menulis berkaitan keagamaan contohnya, bukan semestinya mereka itu sempurna agama baru boleh menulis tentang agama. Jika mereka ingin menulis berkaitan masakan dan resepi, adakah perlu mereka menjadi 'master chef' terlebih dahulu baru boleh menulis. Tidak sama sekali. Tulis sahaja tidak perlu risau siapa anda. Tiada ilmu penulisan, anda boleh belajar. Tiada bimbingan untuk menulis, anda boleh cari rakan-rakan yang ada minat yang sama. Kita akan lebih kuat jika kita berjemaah berbanding kita berseorangan. Benar kata-kata Imam Ahmad; "Kita lemah bila kita bersendirian ibarat kambing yang keluar dari kumpulan yang sangat mudah untuk diserang oleh serigala."
Menulis itu mudah jika tahu dan kena dengan caranya. Sebagai penulis, apa yang yang perlu anda lakukan setiap hari bagi menjadikan anda sentiasa bersemangat untuk menulis? Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk anda dan untuk diri saya sendiri. Antara tips untuk konsisten menulis;
1. Tulis jadual menulis setiap hari
2. Pastikan anda membaca sekurang-kurangnya satu muka surat buku atau bahan bacaan lain. Ia bertujuan supaya anda dapat mengaktifkan otak anda. Membaca juga bagi menambah pengetahuan anda.
3. Simpan gambar dalam fail penulisan anda. Gambar mampu memberikan idea. Ketika anda kelupusan idea, cuba lihat gambar dan insyaallah idea akan datang.
4. Bergaul dengan mereka yang juga minat menulis. Baca dan ikuti perkembangan mereka, secara tidak langsung akan membangkitkan semangat anda untuk menulis.
5. Berdoa supaya ditetapkan hati menulis bagi memberi manfaaat pada orang lain.
6. Sentiasa memperbaharui niat.
Ini antara tips saya untuk konsisten menulis. Pada mulanya mungkin agak sukar untuk konsisten, tetapi jika anda sudah mula menulis, anda akan seronok dan ketagih. Saya paling suka bersama dengan mereka yang minat menulis kerana saya rasa cemburu. Jika mereka boleh menulis kenapa saya tidak? Mulakan dari sekarang. Menulis dan berkongsi kebaikan dengan orang lain.
Ingin belajar menulis? Anda boleh sertai kelas blog dan penulisan Akademi Bekerja Di Rumah. Boleh pm saya untuk pertanyaan dan pendaftaran di facebook Siti Naimah Norman atau whatsapp 0189069144.
No comments:
Post a Comment