Foto: Koleksi Peribadi
Rasa malas buat kebaikan juga adalah suatu petanda kepada masalah nafsu. Ikut nafsu akan lesu. Jangan salahkan nafsu semata-mata kerana kita yang mesti berusaha mencari jalan agar nafsu kita akan terdidik. Dalam surah Al Maidah ayat 35 Allah menyatakan;
"wahai-wahai orang beriman, bertaqwaklah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepadanNya dan berjihadlah(berjuang) di jalanNya, agar kamu beruntung.
Bukan mudah untuk melakukan sesuatu kebaikan secara berterusan. Semuanya berbalik kepada hati. Apabila hati berat, usahakan jasad untuk tidak berat sama dan tetap terus bergerak. Cuba paksa diri untuk melaksanakan kebaikan itu. Contohnya solat sunat dhuha. Solat sunat pembuka rezeki. Solat ini mampu memberikan kesan kepada kehidupan seseorang selain jiwa yang tenang, insyaallah akan dibukakan jalan dan pintu rezeki. Dua rakaat sebelum waktu zohor ketika selepas syuruk kira-kira pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Cubalah paksa diri untuk lakukan walaupun kita tidak biasa. Kita akan lihat hasilnya luar biasa dan sangat manis.
Salam Tarbiyah
No comments:
Post a Comment