Thursday, 23 October 2014

Mencintai Insan Bernama Mohamad

Mohamad adalah nama panggilan kepada anak sulung saya. Nama penuhnya Mohamad Rafi'yuddin yang bermakna 'yang terpuji' dan 'yang memuliakan agama'. Semoga Mohamad menjadi hamba Allah yang tinggi darjat agamanya dan menjadi pejuang agama yang setia. Nama panggilan Mohamad diberikan oleh keluarga mentua saya. Ketika dalam kandungan lagi saya sudah berbicara dan bersembang-senbang dengan anak saya ini. Seronok sangat bila teringat kembali kenangan sewaktu mengandung dan rindu saat-saat itu. 

Mohamad dilahirkan pada 11 mei 2014 pada jam 4.56 pagi di Hospital Sungai Buloh. Sekarang umur Mohamad sudah 5 bulan setengah. Mohamad sudah pandai menerap guling-guling atas tilam. Kadang-kadang dia suka menjerit-jerit dan ketawa bila diagah. Seronok melihat anak membesar depan mata. Setiap hari saya menghabiskan masa lapang bersama dia. Sambil menulis di blog dan facebook saya bermain dengannya. Semakin hari semakin saya menyayangi dan sangat mencintainya. Saya mencintai insan yang bernama Mohamad ini. 

Kadangkala terfikir juga saya tidak boleh terlalu mencintainya kerana dia adalah pinjaman daripada Allah kepada saya. Saya bimbang bila Allah tarik nikmat anak ini saya akan jadi sangat kecewa sedangkan saya tahu anak ini hanya pinjaman yang sementara untuk saya. Saya pernah keguguran sebelum mengandungkan Mohamad. Ketika itu usia kandungan 4 minggu. Ketika mula-mula tahu saya mengandung, pada akhir jun 2013, saya seperti tidak percaya. Berulang kali saya buat ujian kehamilan. Semua positif. Alhamdulillah rezeki awal,  tetapi Allah lebih mengetahui. Ketika itu saya belum bekerja kerana baru pindah mengikut suami ke Melaka. Kesilapan saya ketika itu saya tidak menjaga pemakanan dengan baik. Makanan segera saya makan tanpa memikirkan risiko pada kandungan dan saya kurang mengamalkan pemakanan sunnah. Saya makan tetapi tidak berdisiplin. Ada hari saya makan dan ada hari saya tinggal. 

Sepanjang mengandungkan kali pertama itu, saya rasa sakit perut sentiasa tetapi saya tidak syak apa-apa. Kebetulan masa tu bulan puasa, saya fikir mungkin perut kosong masuk angin yang menyebabkan perut sakit. Cukup 4 minggu mengandung, saya mengalami keguguran. Ketika itu, memang kecewa dan suami juga turut kecewa. Namun apa daya bukan rezeki kami lagi. Ketika keguguran itu memang sakit perut berguling-guling jugalah. Suami tolong gosok perut dengan ais, sapu dengan Aroma Bunga Sejagat dan Ekstrak Bunga Habbatussauda. Keesokkan harinya keluar ketulan daging dan kurang sakit perut. Selepas keguguran, saya berubat dengan kaedah hidroterapi alkali. Cara rawatan semulajadi dengan berendam dalam tab mandian yang diisi air beralkali. 

Tujuannya untuk mengembalikan semula oksigen dalam badan dan merawat rahim. Kemudian, saya makan ubat pil pati bunga untuk rawatan dalaman. Alhamdulillah pada bulan ogos 2013 saya di sahkan hamil sekali lagi. Hamil kali ke dua membuatkan saya berhati-hati dalam bab pemakanan. Saya memang betul-betul jaga pemakanan dan elakkan daripada makan makanan segera dan pelbagai produk yang tidak diyakini. Saya amalkan pemakanan sunnah lebih daripad sebelumnya. Saya makan kurma, minyak zaitun, barli, ekstrak bunga habbatussauda dan minum susu kambing setiap pagi dan malam hendak tidur. 

Alhamdulillah, Mohamad lahir sihat tiada jaundish. Apabila melihat perkembangan Mohamad dan bersamanya sepanjang hari merupakan detik terindah buat saya. Saya sangat mencintai insan bernama Mohamad. Moga Mohamad akan meneladani Nabi Muhammad Saw. Makanan sunnah adalah yang terbaik untuk kita amalkan dan saya sudah temui keajaiban daripada makanan tersebut. Jika anda berminat untuk mendapatkan makanan sunnah seperti kurma, kismis, badam dan pelbagai produk makanan sunnah boleh hubungi saya di whatsapp 0189069144 atau facebook saya Siti Naimah Norman. 








No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...