Saturday, 11 October 2014

Mencari Kurma Yusuf Taiyoob





Gambar Hiasan

Teks; Siti Naimah Norman
Foto: Www.google.com

Semalam pergi Pasaraya Giant dengan suami dan baby mohamad. Hajat hati hendak mencari kurma Yusuf Taiyoob. Semasa mengandungkan mohamad lagi saya suka makan kurma. Bila kita tahu khasiat kurma ni mesti kita akan malkan berterusan. Sepanjang mengandung saya amalkan walaupun pernah juga 'skip' sebab stok terhad. Di Melaka ni saya tidak tahu nak cari kurma di mana. Bila balik kampung barulah borong la dua kotak, itu pun jenuh mencari maklumlah bukan musin bulan ramadhan. Saya mengandungkan mohamad masa bulan ogos 2013,masa musim perayaan. Semasa sakit hendak bersalin pun saya makan kurma. Itu sahaja yang mampu ditelan. Selepas melahirkan mohamad juga saya makan kurma. Bawak stok ke hospital. Selepas bersalin masa dekat 'labour room' saya makan kurma kerana masa tu rasa dah macam lemah sangat dengan kepala macam lalok mungkin kesan ubat penahan sakit dan saya bertarung sakit kuat hendak bersalin itu bermula dari petang 10 mei sehingga 5 pagi 11 mei tanpa makan apa-apa kerana sudah tidak lalu. Selapas mohamad dilahirkan dan saya dah selesai melalui proses dijahit, saya makan kurma dan suap sikit dalam mulut mohamad. Alhamdulillah dengan kuasa Allah mohamad tiada kuning. Masyaallah. Berkat kurma dan mungkin juga pemakanan yang saya amalkan sepanjang mengandung membantu mengelakkan mohamad daripada kena 'jaundice'. Sekarang mohamad dah 5 bulan. Moga Allah beri kesihatan yang berterusan kepada mohamad.

Antara khasiat kurma;

1. Membekalkan fiber untuk diet yang sihat.
2. Sumber tenaga. Sebab itu Nabi makan kurma 3biji waktu sahur dan tahan sehingga berbuka.
3. Membantu membanyakkan penghasilan susu
4. Menstabilkan gula dalam darah

 Berbalik kepada kisah mencari kurma Yosuf Taiyoob di Pasaraya Giant. Saya pusing -pusing mencari kurma dalam pasaraya itu. Bermula dari kaunter pembayaran tempat saya mula-mula masuk sehingga tempat makanan basah, makanan kering, biskut dan barangan dapur saya pusing, tapi tidak nampak bayangan kurma. Suami saya kata " Bukan bulan puasa memang susah nak cari kurma'. Saya diam sahaja. Tapi dalam hati tidak puasa hati nak cari lagi kurma itu. Saya patah balik jalan cari semula dari kaunter hadapan ke belakang, saya ikut gerak hati untuk toleh kiri dan nampak tersusun cantik kurma Yusuf Taiyoob. Alangkah gembiranya saya tidak tahu nak gambarkan dengan kata-kata. 'Alhamdulilah ada juga kau kurma, tidak sia-sia aku cari kau' monolog saya dalam hati. Saya pun sungguh-sungguh memilih. Banyak juga kurma yang agak 'usang' saya jumpa. Mungkin ini stok masa ramadahan yang lepas. Harga pun murah dari 4 ringgit hingga 8 ringgit untuk 300 gram hingga 400 gram. Tidak mengapalah, asalkan dapat beli kurma ni. Jumpa juga yang elok dan cantik lagi. Saya pilih betul-betul. Tiga bungkus sekali saya borong. Berlainan bungkusan, 2 berbungkus dalam plastik dan lagi 1 dalam kotak. Puas hati sangat rasa.

Apa yang saya dapat daripada pengalaman mencari kurma ini adalah jangan mudah putus asa. Terutama bila kita dalam bidang bisnes. Kadangkala ada musim, jualan kita maju dan ada musim yang lain jualan merosot. Yang penting kita kena 'maintain' jiwa dan berusaha tanpa jemu. Jangan mudah mengalah kerana tiada istilah kalah pada manusia yang ingin maju dalam bisnes. Persaingan dalam bisnes itu normal supaya kita ada perubahan dan sikap bersungguh-sungguh. Insyaallah kita akan dapat apa yang kita mahukan. Keinginan yang kuat mampu mengatasi segala kepayahan dalam bisnes. Jika kita mahukan sesuatu dan kita usaha bersungguh-sungguh, pasti kita dapat.

No comments:

Post a Comment

Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur

Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...