Teks: Siti Naimah Norman
Foto: Koleksi peribadi
Melahirkan anak adalah suatu yang menyeronokkan. Ia suatu nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan gembira, terharu dan bahagia semua bercampur baur. Setiap wanita mengimpikan untuk melahirkan anak dan memiliki zuriat dari rahim sendiri. Kenangan melahirkan anak sama ada melalui normal atau pemedahan memberikan pengalaman bermakna buat diri wanita itu.
Wanita itu Allah kurniakan organ bernama rahim. Hanya wanita yang memilikinya kerana sifat Allah Ar Rahim yang bermakna yang maha pengasih. Hikmahnya wanita dipilih memiliki rahim kerana wanita itu sendiri bersifat pengasih. Penuh kasih sayang dan kelembutan. Wanita dipilih untuk melahirkan dan menjadi ibu kerana sifat kasih yang ada pada wanita itu sendiri.
Sebagai wanita sudah tentunya kita mahu melahirkan anak dalam suasana yang penuh keselesaan, kedamaian dan penuh keyakinan. Kita hayati kisah ketika Maryam ibu nabi Isa semasa hendak melahirkan berada di tepian sungai di bawah rimbunan pelepah pohon tamar. Dalam Al Quran telah tercatat dalam surah Maryam ayat 22- 25. Antara ayatnya berbunyi;
" kemudian akan rasa sakit melahirkan memaksanya bersandar pada pangkal pohon kurma"
Ketika melahirkan itu, hanya Maryam keseorangan diri. Ini membuktikan bahawa wanita itu sangat kuat walaupun secara fizikalnya kelihatan lemah. Melahirkan anak cara alami adalah mengikut firah kejadian wanita itu sendiri. Melalui proses melahirkan tanpa paksaan, tanpa ada orang lain yang menganggu emosi si ibu dan melahirkan dengan semulajadi. Mana mungkin Allah yang menjadikan wanita itu miliki kekuatan untuk menampung bayi dalam rahim, tetapi tidak mampu pula untuk melahirkan. Jika tiada apa-apa masalah kesihatan, mengapa perlu dipaksa kelahiran itu.
Paksaan bersalin ni dipanggil 'induce'. Dimasukkan ubat pil atau melalui tiub untuk membuka laluan kelahiran. Risiko apabila ' induce' ini adalah kemungkinan jalan kelahiran akan buka, 10 cm tapi kadangkala kedudukan bayi tinggi atau jauh lagi dari pintu kelahiran. Boleh jadi juga apabila sudah cukup bukaan, si ibu pula sudah kehabisan tenaga kerana sakit menahan kesan daripada ubat 'induce' tadi.
Untuk mengeluarkan bayi, kemungkinan akan menggunakan alat bantuan seperti 'vacum' atau 'forcep'. Ia berisiko kerana melibatkan kepala bayi yang masih lembut dan kemungkinan akan berlaku kecederaan. Kemungkinan lain, mungkin juga jalan kelahiran tak buka langsung. Hanya 2 cm selama 28 jam di bilik bersalin. Bayi kemungkinan akan tertekan, tekanan nadinya akan lemah dan risikonya kemungkinan akan di bedah untuk menyelamatkan bayi itu. Pelbagai kemungkinan akan terjadi. Melahirkan cara alami dan rasa sakit semulajadi bukan paksaan. Insyaallah Allah mendengar doa hambanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ajar Anak Menerima Kekurangan dan Bersyukur
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Koleksi Peribadi Baru siap jahit lencana anak. Mama rajin dan banyak masa sangat. Huhu. Hari ni baru si aba...
-
Teks: Naimah Norman Sumber Gambar: Koleksi Peribadi Kenangan semasa mengajar di tadika. Menjadi guru di tadika Jaim IPD, Alor Gaj...
-
Teks: Siti Naimah Norman Gambar: Kelas Mengaji Al Quran Alor Gajah Melaka. Adam baru masuk belajar mengaji. Adam berusia 4 tahun lebih. S...
No comments:
Post a Comment